JUST IN

MTCE 2023 ketengah ekosistem ‘deep tech’ di Malaysia, teroka pelaburan teknologi

by | Sep 27, 2023 | Business, LOCAL, NATIONAL, NEWS | 0 comments

Lebih 400 peserta menghadiri Persidangan & Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTCE) 2023 yang telah berkongsi dan memaparkan ekosistem ‘deep tech’ di Malaysia serta meneroka pelaburan teknologi baru yang dapat memberi impak kepada negara.

MTCE 2023 telah dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang. Beliau menekankan kepentingan peranan teknologi dalam memacu kemampanan dan pelaburan bermanfaat di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Ts. Hj Mohammad Hazani Hj Hassan dalam ucapannya berkata, kadar kemajuan teknologi global dan pelaburan ‘deep tech’ yang makin bertambah turut dapat dilihat di Malaysia dengan peningkatan pelaburan ‘deep tech’ yang ketara.

“Sebahagian daripada fokus kami di MTDC adalah untuk membantu sektor ‘deep tech’ dan modal teroka dalam mendapat manfaat penuh selaras dengan perkembangan teknologi Malaysia. Dalam masa yang sama, ia dapat menerokai potensi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia,” katanya.

MTCE 2023 yang bertema ‘Investment for Impact: Technology Driving Sustainability’ dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), sebuah badan pelabur strategik beriinovasi dan juga pembina modal teroka ‘deep tech’.

Persidangan ini mengadakan sesi ‘keynote’ dan forum yang bertujuan untuk meneroka ‘Deep Technology’, istilah yang merangkumi pelbagai jenis teknologi baru seperti robotik, pencetakan 3D, kecerdasan buatan, teknologi perubatan dan penjagaan kesihatan, aeroangkasa dan teknologi automasi.

Sepanjang persidangan ini, para peserta berpeluang untuk meneroka pelbagai solusi I4.0, teknologi canggih, dan perkhidmatan yang dibina dan dicipta oleh syarikat dalam ekosistem MTDC. Pameran ini memudahkan interaksi dan memupuk perkongsian untuk kolaborasi dan peluang perniagaan masa depan dengan pemimpin-pemimpin industri, profesional dan bakal pelabur.

MTCE 2023 juga bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memupuk kesedaran dalam kalangan peserta mengenai produk dan perkhidmatan MTDC. Dengan peluang ini, para peserta boleh membina hubungan baik dengan bakal kolaborator, agensi kerajaan dan pemimpin industri.

-THE MALAYSIA VOICE

S4N_4009.JPG

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES