
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
32 syarikat lulus permohonan kuota FiT secara e-bidaan

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) meraikan 32 syarikat yang diluluskan permohonan kuota Tarif Galakan (Feed-in Tariff, FiT) bagi tahun 2022 dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 111.407MW dalam satu Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Kelulusan Galakan kepada syarikat-syarikat yang berjaya, semalam.
Permohonan kuota FiT bagi tahun 2022 telah dibuka sepenuhnya secara e-bidaan bagi sumber biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil pada bulan Ogos 2022 dengan tawaran kuota sebanyak 187MW.
SEDA Malaysia berkata, pihaknya telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada 68 syarikat dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 312.007MW.
“Mekanisme FiT telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi menggalakkan penjanaan tenaga melalui sumber boleh baharu.
“Penawaran kuota FiT bagi tahun 2022 ini dijangka berupaya menjana pelaburan sebanyak RM1.14 billion dan mewujudkan sebanyak 540 peluang pekerjaan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB),” katanya.
Jelas SEDA, projek-projek TBB yang diluluskan ini dijangka akan menjana dan membekalkan elektrik mulai tahun 2025 hingga 2027.
“Langkah ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan sektor TBB di samping menyokong sasaran 31 peratus kapasiti terpasang TBB menjelang tahun 2025 dan 40 peratus menjelang tahun 2035,” ujarnya.
Sejak mekanisme FiT diperkenalkan pada tahun 2011, sejumlah 1,423.96MW kuota telah diluluskan bagi kesemua sumber boleh baharu yang melibatkan sebanyak 10,480 projek di seluruh negara.
Maklumat lanjut mengenai keputusan permohonan kuota FiT tahun 2022 boleh dilayari menerusi portal SEDA Malaysia di www.seda.gov.my.
-THE MALAYSIA VOICE