JUST IN

Cegah diabetes bukanlah sekadar mengawal gula semata-mata

by | Jul 1, 2025 | Beauty & Health, Opinions

Ramai pesakit diabetes rasa kecewa apabila bacaan gula masih tinggi. Sedangkan, mereka rasa mereka dah jaga makan.

Hakikatnya, ada beberapa kesilapan kecil tapi besar kesannya yang sering berlaku tanpa disedari.

Pertama, makan buah secara berlebihan. Buah memang sihat. Tetapi, gula semula jadi (fruktosa) tetap boleh naikkan bacaan gula jika diambil terlalu banyak atau dalam bentuk jus.

Seterusnya, kuah dal, kari dan manis-manis banjir selalunya ditambah gula dan tepung. Bila makan bersama roti atau nasi, kesannya sangat besar.

Langkau waktu makan atau lewat makan juga tidak elok. Ini boleh ganggu keseimbangan insulin, menyebabkan ‘rebound hyperglycemia’ (gula naik mendadak).

Selain itu, tidak cukup tidur atau terlalu stres juga jadi asbab. Kedua-duanya meningkatkan hormon kortisol yang mengganggu kawalan gula.

Anda juga perlu waspada. Air teh ais, sirap dan milo ais walaupun dikurangkan manis, tetap mengandungi gula mencukupi untuk ‘spike’ gula darah.

Gula darah bukan hanya tentang apa yang kita makan. Tetapi bagaimana kita makan, bila kita makan, dan bagaimana kita urus hidup.

Periksa semula rutin harian anda. Mungkin jawapan ada di situ. Kerana diabetes bukan tentang larangan, tapi tentang kebijaksanaan.

SUMBER: Public Health Malaysia

image-for-illustration-PHOTO-FROM-JEFIT.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES