
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Tertuduh dibebaskan, misteri kes bunuh CEO Cradle Fund masih belum terjawab

iBilik to set new rental standards with iBilikPreferred

AMDA College of the Performing Arts launches online Bachelor of Fine Arts (BFA) Degrees in Acting and Music Theatre

Masyarakat kita dan jenaka lucah yang tak kelakar

Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser

MRT Kuala Lumpur-Putrajaya tetap gagal, LRT sudah mencukupi

Anwar tak akan jadi PM selagi Mahathir masih ada

Malaysia garang benam Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia 2023

Malaysia turut sekat filem animasi Lightyear susulan kontroversi unsur LGBT
Perihal lipas terbang

OLEH: MICRONUCLEUS INI SAINS BEB
Terbaca satu mesej di Twitter berkenaan lipas terbang yang suka terbang ke arah kita kembali. Terpanggil untuk mengulas isu ini walaupun mungkin ramai pembaca tidak suka isu lipas dibicarakan ketika waktu makan.
Tahukah anda jenis lipas yang biasa ada di rumah kita sebenarnya dikenali sebagai American Cockroaches yang bersaiz besar? Namun, anda pastinya lebih besar kan (2 hingga 30 kali ganda dari saiz lipas) kerana jeritan anda mungkin menggegarkan kejiranan apabila ternampak lipas terbang terhadap anda.
Lipas sebenarnya akan cuba terbang apabila dalam usaha mempertahankan diri, namun tidaklah jauh.
Lipas lebih suka berlari menggunakan kaki mereka. Lipas juga tidak dapat melihat dengan baik kerana terdapat cengkerang yang meliputi mata mereka. Kaki lipas biasanya mempunyai bakteria yang banyak hasil perjalanan mereka ke merata tempat dan lipas adalah omnivor yang boleh makan apa sahaja termasuk kertas, makanan, sampah, dan sebagainya.
Kenapa anda rasa lipas terbang kepada anda?
Bukan sebab bau. Lipas bukanlah seperti nyamuk yang tertarik kepada bau peluh anda, tetapi lipas akan cuba mencari tempat gelap dan lembap. Jika anda berdiri dan mempunyai bayang-bayang atau kain anda adalah tempat gelap utama bagi lipas, maka ke situlah tujuan mereka.
Walaupun mereka tidak dapat melihat dengan baik namun fotoreseptor mereka masih boleh mengesan cahaya.
Adakah lipas boleh menggigit? Boleh, namun sangat jarang berlaku.
Ingat, apabila lipas terbang, jangan berada di hadapan muka lipas itu. Lipas biasanya akan terbang dengan huru-hara. Jadi sebab itulah anda rasa seperti lipas mengejar anda. Padahal sebenarnya lipas itu sedang menyeimbangkan badan dan sayap kerana tidak biasa terbang.
Awas dengan lipas yang semakin kebal dengan racun serangga. Mungkin anda boleh menghapuskan lipas dengan memukul lipas tersebut sahaja. Mungkin, jika anda berani.
Tip hari ini, jika ada lipas terbang, larikanlah diri sejauh mungkin kerana lipas tidak dapat terbang jauh. Mana tahu, takut-takut lipas melihat anda sebagai pelindung mereka pula.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)