JUST IN

Nora kahwin lagi, sangkal fitnah perosak rumah tangga

by | Dec 6, 2021 | THE GRAPEVINE | 0 comments

Penyanyi popular, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini mengesahkan bahawa dirinya telah selamat mendirikan rumah tangga bersama-sama seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Fuqh dan Usul dari Universiti Malaya, Dr. Rushdi Ramli.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, telah berkongsi khabar gembira tersebut melalui hantaran di laman Instagramnya, pada Khamis lalu.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi,” katanya.

Rata-rata peminat dan pengikutnya telah menzahirkan ucapan tahniah atas perkongsian tersebut yang secara tidak langsung menutup pelbagai spekulasi mengenai hubungannya bersama-sama individu ternama seperti Tan Sri Annuar Musa.

Namun tidak terhenti di situ, tiba-tiba sahaja timbul pula kontroversi lain kononnya Nora telah berkahwin sekian lama dan merahsiakan perkahwinan terbaharunya kerana menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga suaminya yang menceraikan isteri pertama.

“Isu yang Nora memaksa suaminya untuk menceraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan pen dan kertas. Dengan begitu, sesebuah keluarga berpecah belah,” dakwa seorang individu menerusi kiriman mesej yang dihantar kepada sebuah portal hiburan.

Enggan situasi tersebut daripada mengeruhkan keadaan, Nora dan suaminya tampil membuat penafian masing-masing.

“Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, tolong tampil bertemu muka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.

“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tuduhan yang tidak tepat dan berasas ini? Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. Kenapa gunakan media sosial dan akaun palsu sebarkan fitnah?” soalnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES