JUST IN

Badut misteri ganggu pelajar sekolah di Singapura

by | Sep 21, 2021 | NEWS, WORLD | 0 comments

Karakter badut penculik yang kejam bernama Pennywise dari filem It sememangnya cukup popular di kalangan kanak-kanak.

Mana tidaknya, kecenderungan badut jahat ini untuk menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa telah lama diceritakan dari mulut ke mulut sejak tahun 90-an lagi.

Bukan sekadar filem, malah wujud juga kes-kes sebenar berlaku di dunia realiti menggunakan modus operandi yang serupa.

Maka tidak hairanlah apabila insiden yang berlaku di sebuah sekolah di Singapura, semalam telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pelajar dan ibu bapa.

Seorang lelaki berbadan tegap dengan lengkap berpakaian badut dilihat telah muncul di perkarangan Sekolah Rendah Tao Nan dan menghampiri beberapa pelajar sekolah berkenaan.

Tambah memburukan keadaan, timbul pula dakwaan kononnya badut terbabit bersama rakan-rakan badutnya yang lain juga menawarkan wang kepada kanak-kanak untuk mengikuti mereka.

Pihak sekolah yang bimbangkan keselamatan para pelajar lantas mengeluarkan notis amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati meskipun laporan polis telah dibuat.

“Tolong ingatkan anak atau waris anda supaya tidak diumpan oleh mana-mana individu tidak dikenali. Maklumkan kepada sekolah atau hubungi polis dengan segera jika anak atau waris anda melihat sebarang individu mencurigakan di sekitar premis sekolah,” katanya.

Setelah mendapat kritikan hebat dan menjadi ‘viral’ di laman-laman sosial, pusat pendidikan yang dikenali sebagai Speech Academy Asia akhirnya tampil mengaku bertanggungjawab.

Pusat itu turut memohon maaf dan menjelaskan bahawa penampilan badut yang digunakan hanyalah sekadar bertujuan menarik minat bagi mempromosikan program pendidikan yang ditawarkan mereka.

Seorang Ahli Parlimen Singapura, Tan Chuan-Jin mengkritik strategi promosi badut oleh Speech Academy Asia itu.

“Cara sebegitu, tidak kelakar langsung. Memang berbahaya,” ujarnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES