JUST IN

Windsor Collection lancar semula ALAIA Titiwangsa

by | Feb 17, 2025 | Business, Properties

ALAIA Titiwangsa, sebuah pembangunan apartmen servis premium di Taman Tiara Titiwangsa, telah dilancarkan semula oleh Windsor Collection.

Ini susulan pengambilalihan Black Lotus Development Sdn Bhd, pemaju asal projek ini, oleh Kenneth Lau, pengasas Windsor Collection yang juga Pengerusi Multifield International Holdings Ltd, Hong Kong.

Dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 285 juta, Kenneth Lau mengambil alih projek ini sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di Malaysia.

Menyedari lokasi strategik dan tawaran reka bentuk yang menarik oleh ALAIA Titiwangsa, beliau melancarkan semula pembangunan ini di bawah Windsor Collection, membawa kepakaran antarabangsanya ke pasaran tempatan.

Sebagai pengerusi Multifield, Kenneth menerajui sebuah syarikat yang mempunyai kehadiran kukuh di rantau Asia-Pasifik, dengan lebih tiga dekad pengalaman dalam pengurusan dan pembangunan kediaman, komersial, perumahan korporat, serta projek hospitaliti.

Di bawah jenama Windsor Collection, beliau telah berjaya memperkenalkan projek hospitaliti dan komersial bertaraf antarabangsa di Shanghai dan Zhuhai, China, dan kini di Kuala Lumpur.

Pelancaran semula ini menandakan langkah pertama Windsor Collection di Malaysia dan mencerminkan komitmen untuk meningkatkan kehidupan bandar melalui reka bentuk berkualiti, kemudahan yang dikurasi, serta inisiatif pembinaan komuniti yang aktif.

Daryl Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Windsor Collection berkata pelancaran semula ini menandakan babak baru untuk ALAIA Titiwangsa, menyuntik tenaga baharu dan pengalaman kehidupan yang lebih mewah untuk pemilik rumah dan pelabur di mana komuniti bertemu eksklusiviti.

“Kami mengekalkan reka bentuk dan ciri asal, dan lebih 45% daripada unit telah dijual. Kami jangka permintaan kukuh akan berterusan sepanjang tahun ini,” ujarnya.

Sempena pelancaran semula ini, Windsor Collection menawarkan promosi khas Tahun Baru Cina untuk pembeli rumah. Pelanggan yang membuat tempahan antara 1 Februari hingga 13 Mac 2025 akan menerima angpau eksklusif bernilai RM1,688, manakala program insentif rujukan akan memberi ganjaran kepada cadangan berjaya dengan yuran rujukan sebanyak 2%.

-THE MALAYSIA VOICE

Aerial-_Dusk.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES