
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Kurung ahli politik, biar Agong dan tentera pula ambil alih kerajaan

FOTO – Jabatan Penerangan Malaysia
OLEH: MUHAMAD NA’IM AB RAZAK
Sebelum ini, sudah dilaporkan empat orang Ahli Parlimen disahkan positif Covid-19.
Tiada arahan contact tracing diumumkan dalam Parlimen dan ada beberapa orang Ahli Parlimen diketahui menolak untuk ambil vaksin.
Tetapi hari ini, ‘tup-tup’ selepas pengisytiharkan Agong murka, dapat pula berita yang mengatakan dua orang petugas di Parlimen positif Covid-19.
Salah seorang daripadanya mempunyai CT value 18 dan telah berkeliaran dalam Parlimen selama beberapa hari.
CT value 18 ni bermaksud jangkitan akut yang mempunyai kebolehjangkitan yang sangat tinggi.
Waktu tengok perbahasan beberapa hari ini, pelbagai jenis perangai Ahli Parlimen dapat kita lihat di mana mereka membuka pelitup muka secara tidak bertanggungjawab.
Paling jahanam, siap minta izin daripada ‘speaker’ untuk buka pelitup muka.
Ya tuan-tuan, inilah majoriti orang yang sering menyusahkan rakyat dengan pelbagai jenis akta dan undang-undang tetapi diri sendiri pun langgar undang-undang.
Begini sahajalah.
Kita kurung semua Ahli Parlimen. Biarkan Agong pula memerintah dengan dibantu oleh tentera dan sekumpulan profesional yang betul-betul pakar dalam pengurusan Covid-19.
Hidup Agong!
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)