
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
EURO 2020: Itali, Sepanyol, Denmark, England empat terbaik Eropah

Saingan peringkat kalah mati suku akhir kejohanan bola sepak Eropah EURO 2020 yang tamat awal pagi tadi nampaknya telah menoktahkan perjuangan Switzerland, Belgium, Republik Czech dan Ukraine.
Sebaliknya, lawan mereka yang dianggap pasukan pilihan seperti Sepanyol, Itali, Denmark dan England tidak berdepan masalah dan menepati ramalan setelah masing-masing berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Paling mencuri tumpuan tentulah aksi di antara Belgium dan Itali. Belgium yang berada di ranking nombor 1 dunia disebut-sebut antara pasukan paling mantap berikutan rekod 10/10 kemenangan mereka sepanjang pusingan kelayakan.
Malah, mereka turut cemerlang melakar kemenangan 100 peratus di peringkat Kumpulan B termasuk aksi menundukkan juara bertahan, Portugal di perlawanan Kelompok 16 Terbaik sebelum ini.

Namun, itu tidak menghalang semangat juang pasukan Itali untuk menundukkan pasukan digelar The Red Devils tersebut. Skuad The Azzuri yang dibarisi deretan pemain veteran ternyata lebih ampuh menundukkan ‘generasi emas’ Belgium 2-1 menerusi jaringan gol Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne.
Dalam perlawanan yang lain, Sepanyol nampaknya sekali lagi terpaksa berhempas pulas bermain selama 120 minit setelah perlawanan terikat 1-1 sehingga akhir wisel penamat. Anak didik Luis Enrique sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan peluang untuk menamatkan perlawanan lebih awal setelah Switzerland bermain dengan 10 pemain akibat Remo Freuler dilayangkan kad merah.

Faktor tuah bagaimanapun sekali lagi menjadi ‘penyelamat’ skuad La Roja yang kemudiannya muncul selaku pemenang melalui penentuan penalti berkesudahan 3-1.
Pada aksi penutup peringkat suku akhir pagi tadi pula, England terus membuktikan kredibiliti mereka untuk muncul selaku kuasa baharu bola sepak Eropah dan menjadi pasukan pilihan juara edisi EURO kali ini dengan rakus membaham Ukraine 4-0.
Kekuatan England ditonjolkan bukan sahaja di bahagian serangan, malah barisan pertahanan yang menyaksikan pemain bek kirinya, Luke Shaw menyumbang 2 ‘assist’ manakala 1 gol turut dijaringkan oleh rakan sekelabnya di Manchester United, Harry Maguire yang beraksi di posisi pertahanan tengah.

England muncul selaku satu-satunya pasukan yang masih kebal dengan rekod 100 peratus tidak bolos dalam EURO 2020 setakat ini sekaligus bermakna peluang cerah buat penjaga golnya, Jordan Pickford (5 ‘clean sheets’) meraih Anugerah Sarung Tangan Emas mengetepikan pencabar terdekatnya dari Itali, Gianluigi Donnarumma (3 ‘clean sheets’).
Sementara itu, saingan untuk memburu gelaran Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan pula masih terbuka dengan penyerang Republik Czech, Patrik Schick berjaya menyamai jumlah 5 gol pendahulu carta, Cristiano Ronaldo hasil jaringan gol tunggalnya ke atas Denmark, pagi tadi.

Namun sayang sekali, kedua-dua mereka tidak dapat meneruskan saingan akibat pasukan masing-masing telah tersingkir awal.
Walau bagaimanapun, pesaing terdekat mereka yang terdiri daripada pemain dengan pasukan yang masih bersaing seperti Harry Kane, Raheem Sterling (England) serta Kasper Dolberg (Denmark) mampu mencabar andainya berjaya menambah rekod jumlah 3 gol masing-masing di peringkat seterusnya.

FOTO: Stadium Astro
Empat pasukan yang mara dalam peringkat separuh akhir dijadualkan turun beraksi pada Rabu dan Khamis ini dengan kesemua baki perlawanan akan berlangsung di Stadium Wembley, England.
-THE MALAYSIA VOICE