JUST IN

Michael Olise permata baharu Bayern Munich

by | Jun 30, 2025 | Sports

Nama Michael Olise ini jarang dibincangkan dan diberi perhatian seiring dengan prestasinya dalam bola sepak. Mungkin ada kaitan disebabkan Olise merupakan pemain Bayern Munich.

Logiknya, siapa nak ambil tahu lebih-lebih mengenai sebuah kelab yang terlalu dominan dalam sesebuah liga? Namun begitu, ia bukan alasan untuk kita menafikan impak yang telah diberikan olehnya sepanjang musim ini.

Olise kini telah berkembang menjadi salah seorang pemain ofensif yang cukup bagus di Eropah. Secara peribadi mendefinisikan Olise sebagai sumber kepada jaringan, penawar kreativiti buat pasukan, dan pengubah di dalam permainan.

Ini semua memberikan satu perubahan yang signifikan terhadap ancaman serangan daripada Bayern.

Dia memang memenuhi kriteria sebagai seorang pemain sayap kanan (RW) yang berkualiti dan berkelas, memenuhi aspek permainan seperti berikut:

– Permainan kombinasi di ‘final third’
– Hantaran lintang
– Penyudah
– Menggelecek di ruang yang sempit

Kalau ikut pada rekod musim lepas dalam semua kejohanan (tidak termasuk kempen Club World Cup), Olise merekodkan 17 gol dan 18 bantuan jaringan bersama Bayern.

Masuk cerita FIFA Club World Cup, dia adalah antara penjaring terbanyak semasa kejohanan dengan 3 gol, selain turut menyumbangkan 2 bantuan gol.

Melihat kepada bagaimana kelab-kelab gergasi Premier League boleh terlepas dari menandatangani seorang pemain bernama Michael Olise ini, nampak macam satu kerugian yang besar juga.

Tapi kalau fikir balik mengikut konteks semasa pada waktu tersebut, apa yang berlaku tidaklah pelik. Pada ketika itu, pilihan Olise dia Premier League boleh dikira terhad.

Liverpool ada Mohamed Salah, Arsenal ada Bukayo Saka, Man City baru saja membawa masuk Savinho, dan projek di Chelsea, Man United, dan Spurs pula masih belum jelas sepenuhnya.

Kita tak boleh letak Olise dalam kelas pemain di kelab pertengahan.

Jadi, apabila Bayern mendatangkan tawaran tertentu, tunjukkan pelan projek baru di bawah Vincent Kompany, perpindahan ke kelab Bavaria itu dinilai lebih memberi banyak manfaat kepada perkembangannya.

Nak pastikan sama ada pilihan yang dibuat Olise itu bijak ataupun tidak, boleh tengok kualiti dan produktiviti menyeluruh yang terhasil daripada Olise dalam musim pertamanya di sana.

Puas hati Bayern dapat ‘sauk’ Olise ni, sampai dapat Player of the Season tu musim lepas.

SUMBER: odfc Malaysia

Olise-CREDIT-Getty-Images.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES