JUST IN

Peka situasi El Nino dan La Nina pengaruhi cuaca kita di Malaysia

by | Apr 29, 2024 | NATIONAL, NEWS, Opinions | 0 comments

OLEH: FADZLI MATGEO

El Nino dikaitkan keadaan kering berlaku di Kepulauan Melayu, zon tropika Amerika Selatan dan zon yang berwarna biru dalam peta di mana keadaan menjadi lebih dingin dari kebiasaan lalu keadaan ini tidak menggalakkan hujan.

Bagi timur Afrika dan timur Pasifik, El Nino bermaksud hujan yang mencurah-curah. Keadaan sebaliknya terjadi ketika La Nina. Banjir di Kenya bukan maksudnya mereka mengalami La Nina ketika ini. Ia adalah ciri El Nino bagi tempat mereka yang sedang mereka alami.

Apabila berlaku El Nino atau La Nina ia melibatkan sepelusuk planet.

El Nino dan La Nina terjadi dari kitar yang berlaku di zon tropika Lautan Pasifik dan dilihat dari nilai beza suhu permukaan laut di situ dan dicartakan pada Indeks Oceanic Nino3.4. El Nino dianggap berlaku apabila terjadi perbezaan yang lebih tinggi dari 0.5°C dan La Nina dikira berlaku jika terjadi perbezaan yang lebih rendah dari -0.5°C.

Di tempat kita, El Nino sinonim dengan udara mendap lalu suhu meningkat, tekanan tinggi, kemarau terjadi. Manakala La Nina sinonim dengan tekanan udara rendah, lebih ruang untuk awan terbentuk dan hujan lebih kerap terjadi. Keadaan ini juga sama dengan di zon tropika Amerika Selatan, sekitar zon bertentangan di bahagian sana.

Ini bermakna, ada kawasan yang ciri El Nino mereka adalah serupa dengan ciri La Nina bagi kawasan kita. Sementara La Nina bermaksud kemarau, kering, panas di tempat mereka. Jadi, lain tempat lain kesannya.

Bagi El Nino, nilai 0.5 hingga 1.0 dikira ‘Lemah’, 1.0 hingga 1.5 dikira ‘Sederhana’, 1.5 hingga 2.0 dikategorikan ‘Kuat’ dan atas 2.0 pula ‘Sangat Kuat’. Begitu juga bagi angka negatif untuk La Nina.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

Elnino-Lanina-photo-credit-Reuters.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES