JUST IN
The Finest Places to Live, Work and Thrive in Asia are Celebrated at the 19th PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final
Show respect and consideration for pedestrians
Mouldy buildings pose a double hazard
Tidak wajar sentimen kepada wanita tidak bertudung. Hinakah mereka?
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Jepun buktikan bahan kitar semula bernilai di mata dunia
OLEH: JALALUDDIN ALIAS
Semalam telah berakhirnya temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. Alhamdulillah Malaysia telah meraih dua pingat menerusi gandingan beregu badminton dan trek berbasikal – keirin.
Jepun memang dikenali antara negara yang maju dan lebih terkedepan dari segi teknologi dan pembuatannya. Kemajuan dan kekreatifan itu ditunjukkan kepada dunia menerusi ‘medal’ yang diberikan pada Sukan Olimpik kali ini.
Saya nak kongsikan sedikit fakta menarik mengenai pingat emas, perak dan gangsa pada temasya kali ini.
- Semua medal diperbuat dari bahan buangan seperti telefon bimbit, laptop dan gadjet gadjet yang lain
- Sebanyak 79,985 tan alatan elektronik yang disumbangkan dari 6.21 juta penderma di kalangan rakyatnya bermula tahun 2017
- Diameter setiap medal adalah 85 milimeter dan tebal 12.1 milimeter
- Malah, tali ribennya diperbuat dari ‘polyester fiber’ yang juga bahan kitar semula
- Bekas meletak medal ini pula dibuat dengan menggunakan tangan tanpa sebarang alatan atau teknologi, di mana kayunya adalah dari kayu pokok ash
- Berat setiap pingat adalah:
- Pingat emas seberat 556 gram
- Pingat perak seberat 550 gram
- Pingat gangsa seberat 450 gram
Kita boleh lihat secara tidak langsung Jepun mengajar dunia, tentang konsep kitar semula.
Bukan hanya kertas, kaca, tin sahaja, tapi Jepun berjaya menghasilkan satu bahan baru yang cukup bernilai hanya melalui kitar semula barang elektronik.
Sesuatu yang kita perlu belajar dan praktikkan dalam masyarakat kita.
-THE MALAYSIA VOICE
** Datuk Seri Jalaluddin Alias merupakan Ahli Parlimen Jelebu
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Jalaluddin Alias ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)