JUST IN

Mesyuarat Khas Parlimen bakal bersidang pada 26 Julai ini

by | Jul 5, 2021 | NATIONAL, NEWS | 0 comments

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas akan diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat, serta tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi persidangan semula mesyuarat berdasarkan tempoh yang dinyatakan itu.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas PMO lagi, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua- dua Majlis Parlimen berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” ujarnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES