JUST IN
The Finest Places to Live, Work and Thrive in Asia are Celebrated at the 19th PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final
Show respect and consideration for pedestrians
Mouldy buildings pose a double hazard
Tidak wajar sentimen kepada wanita tidak bertudung. Hinakah mereka?
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Belajarlah cara Singapura perangi Covid-19
FOTO: Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura
OLEH: SHANKLY LIST
Kalau saya tulis macam-macam nanti, adalah pula yang akan kata, “Singapura itu kecil, senang nak urus” atau “kalau kau minat sangat Singapura, duduklah di sana.”
Begitulah masalahnya dengan kita dan terutamanya pemimpin kita. Tutup mata daripada lihat apa yang sebenarnya orang cuba sampaikan.
Kita jangan pandang saiz. Kita tengoklah kepada modul atau pendekatan mereka. Kalau kerajaan kita tak mampu nak uruskan secara keseluruhan, pecahkan sahaja kepada peringkat negeri. Kalau negeri tak mampu juga, apa salahnya pecahkan pula kepada daerah. Yang penting kita mula buat sesuatu.
Andai pandemik ini baru sahaja menyerang pada bulan lepas, mungkin kita tidak begitu kisah sangat. Sekarang dah lebih setahun. Takkan kita masih merangkak tercari-cari jalan atau tetap guna strategi yang sama sewaktu mula-mula diserang dahulu?
Kita terus bercerita tentang masalah, tanpa kita kreatifkan fikiran untuk cari penyelesaian baharu.
Memetik kata-kata aktivis berpengaruh dari Ireland Utara, Betty Williams, “There’s no use talking about the problem unless you talk about the solution.”
Singapura semakin hampir dalam membuka pintu atau setidak-tidaknya mencapai sasaran dalam memerangi pandemik. Suatu ketika dahulu, mereka berada di belakang kita dalam perlumbaan memerangi Covid-19 ini. Kini mereka melompat ke depan.
Seperkara lagi, lihatlah perubahan dalam konsep menyampaikan mesej. Rakyat sekarang sudah cukup tertekan. Cara kita menyampaikan mesej juga mungkin dapat membantu untuk kurangkan tekanan.
I dont know whether Singapore really hit their target but I wish to say well done to them.
Benda yang baik, tak salah kalau kita ikut. Jangan sombong sangat. Kadang-kadang, kita kena belajar dengan orang yang lebih kecil daripada kita. Tak salah kalau kita rendahkan diri. Jangan bodoh sombong sangat.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)