JUST IN

Beca bermotor diubahsuai jadi ambulans di India

by | Jun 8, 2021 | News, World | 0 comments

Khidmat beca ambulans bermotor ditawar secara percuma – KREDIT FOTO: Sanjay Singh AAP

Kumpulan pemandu teksi motosikal roda tiga atau beca bermotor di India mengambil inisiatif membantu komuniti mereka berdepan situasi getir pandemik Covid-19 dengan mengubahsuai kenderaan masing-masing menjadi ambulans.


Langkah tersebut diambil sebagai solidariti terhadap perjuangan negara berkenaan mengatasi tempoh mencabar ketika kes positif keseluruhan kini mencecah hampir 29 juta sekaligus meletakkan India sebagai negara dengan jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.


Pemimpin Parti Aam Aadmi, Sanjay Singh yang turut menyokong dan menggerakkan inisiatif berkenaan bersama-sama TYCIA Foundation berkata, khidmat beca ambulans bermotor itu ditawarkan secara percuma khusus bagi pesakit yang memerlukan pengangkutan ke hospital.

“Perkhidmatan ini hanya tersedia untuk pesakit Covid tahap sederhana yang memerlukan bantuan perubatan segera dan berdepan kesukaran mendapatkan perkhidmatan ambulans.


“Terdapat satu talian nombor khusus yang boleh mereka hubungi pada bila-bila masa untuk dapatkan khidmat ini,” katanya.

Laporan The Times Of India memaklumkan selain New Delhi, perkhidmatan tanggungjawab sosial korporat tersebut juga kini diperluaskan dan turut diaplikasikan di bandar lain seperti Gurgaon dan Noida.

Masyarakat India rata-ratanya menzahirkan penghargaan ke atas daya usaha yang dilaksanakan kumpulan terbabit berikutan kesanggupan mereka berkhidmat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) walaupun suhu di luar mencapai 40 darjah celsius.


-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES