OLEH: AMIRUL AMZAR
Kawan-kawan, kita tengok kat sosial media ni penuh dengan mesej berbaur perkauman. Tak kisah dari kiri atau kanan. Dua-dua belah ada.
Dalam ketegangan dan ketidakstabilan sekarang ni, kita ada pilihan. Nak burukkan keadaan atau pulihkan regang antara kaum ni.
Kita boleh kongsi mesej-mesej perkauman. Kongsi video salah-menyalahkan kaum lain. Kongsi keburukan kaum lain.
Tapi kita juga boleh, buat mesej positif. Contoh, Mekyun berkongsi hidup dia sebagai gadis cina tinggal di Kelantan. Contoh lagi, seorang sahabat Melayu saya kongsikan pengalaman dia naik teksi dipandu pak cik India, teman pak cik Cina yang ada masalah mata nak ke hospital.
Kita perlu lebih banyak mesej positif begini. Supaya hati kita pun turut positif. Supaya negara kita yang berbilang bangsa dan agama ni turut jadi positif. Jangan burukkan keadaan dengan menambah minyak ke api.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Maka, kongsikan mesej yang positif, atau diam dari berkata atau menulis.
Moga Malaysia kita sejahtera. Amin!
P/S: anak-anak murid saya dari berbilang bangsa.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)