
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Malaysians perspective of politicians

CENTRAL SINGAPORE CDC PARTNERS UOB TO HELP 1,500 CHILDREN PICK UP NEW DIGITAL SKILLS THROUGH MY DIGITAL BOOTCAMP

Worse news for three subsectors

SEGI TAKES ‘BORDERLESS LEARNING’ TO NEW HEIGHTS AS METAMENTOR GOES LIVE

FICHET DRIVING CROSS-BORDER COLLABORATION IN HIGHER ED AT APAIE 2023

Building a hybrid 5G network

Chingay makes a big comeback

Timely to improve National Film Policy

Back to school concerns
Planworth sedia dana RM500 juta bantu perkasakan PMKS tempatan

Institusi kewangan bukan bank untuk pemfaktoran dan rantaian bekalan kewangan, Planworth Global Factoring telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk membawa penyelesaian kemudahan pemfaktoran dan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Dana tersebut bertujuan memperkasa PMKS dan syarikat-syarikat pemula yang menjalankan urusan Perniagaan kepada Perniagaan (B2B) dan Perniagaan kepada Kerajaan (B2G) dengan akses ke pembiayaan modal yang selamat dan mudah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Andy Kuek berkata, visi Planworth adalah untuk memperkasa PMKS tempatan dalam berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara dengan penyelesaian keberkesanan kos yang boleh diperibadikan.
“Setakat ini kami telah menyalurkan lebih daripada RM1 bilion kepada PMKS tempatan. Berikutan kisah-kisah kejayaan yang telah kami saksikan sendiri, kami kini memperuntukkan lebih dana untuk membantu lebih banyak PMKS dengan keperluan dokumen yang ringkas, polisi yang mesra kredit untuk PMKS, proses kelulusan yang pantas, serta penyaluran dana yang pantas tanpa perlu jaminan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Dengan peruntukan sebanyak RM500 juta ini, Planworth akan memperluas lagi penyelesaian pembiayaan setempat mereka yang komprehensif bagi menyediakan Surat Sokongan, Modal Kerja, Pembiayaan PO, dan Pembiayaan Pasca atau Pembiayaan Invois untuk memenuhi keperluan perkembangan PMKS pada setiap tahap, serta untuk keperluan pembiayaan perniagaan jangka pendek hujung-ke-hujung.
Melalui penyediaan akses bagi pengaliran tunai yang selamat dan lebih pantas, Planworth membolehkan syarikat-syarikat ini memenuhi keperluan kewangan mereka dengan segera serta membiayai operasi kewangan harian mereka.
Dana ini masih terbuka untuk permohonan sehingga penghujung tahun 2022 tetapi tertakluk selagi masih ada.
-THE MALAYSIA VOICE