JUST IN

MOTAC dan JPJ buka bidaan nombor pendaftaran istimewa sempena VM 2026

by | Jun 12, 2026 | National, News, Travel, Wheels

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri ‘V – MY’. Peluncuran nombor pendaftaran istimewa ini diperkenalkan sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dan bidaan akan bermula 13 Jun 2026 sehingga 17 Jun 2026, pukul 10.00 malam.

Majlis peluncuran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘V-MY’ telah disempurnakan oleh YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, sebagai simbolik sokongan serta usaha mempergiatkan promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menurut YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, “Kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh penyertaan agensi Kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat dalam menyokong agenda nasional ini. Justeru, MOTAC bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memperkenalkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) ’V 1 MY’ hingga ’V 9999 MY’ sempena VM2026.

Penawaran NPI ini akan dilaksanakan oleh JPJ melalui bidaan secara dalam talian di Sistem JPJeBid, tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada serta harga minimum yang ditetapkan oleh JPJ.

SUMBER Tourism Malaysia