JUST IN

Koleksi ‘Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato’ POP MART dilancarkan di Lazada

by | Apr 15, 2026 | Food & Beverages, News

Lazada membawakan pengalaman membeli-belah yang lebih manis buat para pengumpul POP MART menerusi koleksi “Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato”, yang akan mula ditawarkan menerusi POP MART Official Store di platform Lazada di Singapura, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Filipina bermula jam 10 pagi (GMT+8), 17 April ini. Koleksi baharu itu dilancarkan bersama pelbagai baucar eksklusif, hadiah edisi terhad dan ganjaran khas untuk pengumpul, sekali gus menambah keterujaan peminat.

Koleksi ini diperkenalkan susulan momentum kukuh yang diraih POP MART di Lazada apabila jenama itu merekodkan pertumbuhan dua kali ganda dari segi nilai dagangan kasar, GMV, tahun ke tahun, selain peningkatan tiga kali ganda dalam jumlah pesanan semasa kempen jualan mega ulang tahun Lazada baru-baru ini.

Di peringkat global, harta intelek, IP, baharu POP MARTTwinkle Twinkle, yang diperkenalkan pada pertengahan 2024, pantas menjadi antara francais utama syarikat itu dengan menjana kira-kira RMB2.056 bilion, bersamaan lebih kurang RM1.19 bilion (sekitar AS$301 juta) pada 2025, lebih 1,600% berbanding tahun sebelumnya. Di Asia Tenggara, hasil bagi IP berkenaan turut meningkat lebih lima kali ganda, mencerminkan penerimaan yang semakin kukuh dalam kalangan peminat di rantau ini.

Koleksi ini akan mula ditawarkan di Lazada pada 17 April

Koleksi baharu dilancarkan di Lazada dengan baucar eksklusif, hadiah dan ganjaran masa terhad

Koleksi “Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato” akan mula ditawarkan di Lazada menerusi POP MART Official Store di Singapura, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Filipina bermula 17 April.

Bersempena dengan pengenalan koleksi ini, pembeli berpeluang menikmati baucar eksklusif, hadiah percuma dengan pembelian selagi stok masih ada, serta ganjaran berperingkat yang merangkumi barangan koleksi edisi terhad dan set bonus istimewa. Setiap pasaran turut menawarkan mekanisme tambahan tersendiri bagi menyemarakkan lagi minat dan keterujaan dalam kalangan pengumpul.