JUST IN

‘Papa Zola The Movie’ kukuh kedudukan Malaysia di pentas animasi antarabangsa

by | Feb 26, 2026 | THE GRAPEVINE

Filem animasi tempatan Papa Zola The Movie mencatat sejarah baharu apabila muncul sebagai filem Malaysia paling berjaya di Indonesia selepas menarik 515,000 penonton sepanjang 35 hari tayangan di negara itu.

Penerbitnya, Monsta, dalam satu kenyataan memaklumkan pencapaian itu turut meletakkan karya berkenaan dalam kelompok tiga filem dengan kutipan tertinggi di Indonesia bagi tempoh awal tahun ini.

Menurut kenyataan itu, sambutan memberangsangkan daripada penonton Indonesia mencerminkan kekuatan penceritaan serta mesej universal yang diketengahkan, sekali gus membolehkan filem berkenaan merentasi perbezaan budaya dan bahasa.

Filem terbitan Monsta dengan kerjasama Astro Shaw itu sebelum ini turut mencatat kejayaan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Setakat ini, jumlah kutipan keseluruhan melebihi RM69 juta, memperlihatkan sokongan berterusan terhadap kandungan animasi tempatan di rantau Asia Tenggara.

Sebagai langkah memperluas capaian antarabangsa, filem arahan Nizam Razak itu dijadual menemui penonton di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu pada akhir April, diikuti Korea Selatan serta Turkiye pada Mei, manakala Vietnam dan India pada Jun depan.

Bagi memastikan penerimaan yang lebih meluas, pihak produksi menyediakan versi alih suara dalam beberapa bahasa utama termasuk Inggeris, Korea, Arab, Hindi, Turki dan Vietnam. Selain terjemahan dialog, penyesuaian turut dibuat terhadap unsur humor dan rujukan budaya agar bersesuaian dengan cita rasa penonton setempat.

Dengan peluasan tayangan ke Timur Tengah dan Asia Timur, kejayaan berterusan filem itu dijangka mengukuhkan lagi reputasi Malaysia sebagai antara pemain penting dalam industri animasi di peringkat antarabangsa.

-THE MALAYSIA VOICE

foto-MONSTA.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES