JUST IN

Asyraf Wajdi vs Fadhlina: Tanggungjawab dan persepsi dua kepimpinan

by | Oct 16, 2025 | Education, National, News, Opinions

OLEH: FAIZATUL SYAHEERA

Sejak kebelakangan ini pelbagai isu melibatkan sekolah dan sistem pendidikan negara menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia dilihat berdepan tekanan apabila beberapa insiden termasuk masalah prasarana sekolah kejadian buli serta kebajikan guru mencetuskan kritikan meluas terhadap kepimpinannya di bawah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Walaupun Fadhlina sebelum ini berusaha menunjukkan komitmen dalam memperkasa sistem pendidikan inklusif serta memperjuangkan kesejahteraan guru ramai berpendapat tindakannya masih bersifat reaktif dan perlahan. Misalnya dalam isu kes disiplin pelajar serta bumbung sekolah runtuh akibat ribut baru-baru ini kementerian dikritik kerana dianggap gagal bertindak pantas memberi penyelesaian konkrit.

Di media sosial ramai warganet dan pemerhati pendidikan mula membandingkan kredibiliti Fadhlina dengan Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Asyraf Wajdi dilihat menonjol dengan gaya kepimpinan yang lebih dekat dengan rakyat dan tegas dalam menangani masalah institusi di bawah seliaan MARA termasuk usaha membaik pulih sekolah Maktab Rendah Sains MARA serta memperkukuh sistem bantuan pelajar miskin.

Pendekatan beliau yang cepat bertindak dan gemar turun padang mendapat pujian ramai. Dalam beberapa situasi Asyraf dilihat bukan sekadar memberi kenyataan tetapi terus melaksanakan penyelesaian segera contohnya ketika mengumumkan penambahbaikan asrama MRSM dan mempercepatkan bantuan kepada pelajar yang terjejas akibat bencana.

Sebaliknya Fadhlina pula sering mengambil pendekatan lebih berhati-hati dan berlandaskan prosedur pentadbiran yang ketat. Walaupun hal ini penting untuk memastikan ketelusan namun persepsi awam melihatnya sebagai kelewatan bertindak.

Secara keseluruhan perbandingan antara kedua-dua tokoh ini memperlihatkan jurang gaya kepimpinan yang jelas. Fadhlina lebih berprinsip dan berhati-hati, manakala Asyraf lebih pragmatik serta responsif terhadap isu.

Namun, persoalan sama ada pertukaran kepimpinan akan menyelesaikan masalah pendidikan negara masih terbuka. Apa yang lebih penting ialah keberanian melaksanakan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan bukan sekadar menukar individu di puncak kementerian.

Sama ada kekal dengan Fadhlina atau memberi peluang kepada Asyraf, yang paling utama ialah memastikan pendidikan negara tidak terus dijadikan gelanggang politik tetapi medan membina masa depan generasi muda dengan lebih baik dan berkesan.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

GAMBAR-HIASAN-kredit-foto-DAWD.jpeg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES