JUST IN

Amaran ribut petir dan hujan lebat melanda sebahagian besar negara

by | Sep 4, 2025 | National, News

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, selain kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, negeri-negeri yang terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta beberapa kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.

“Keseluruhan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka mengalami cuaca buruk, termasuk beberapa daerah di Perak seperti Hulu Perak, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” kata MetMalaysia.

Di Negeri Sembilan, kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol turut berada dalam senarai amaran.

Sementara itu, di Sarawak, ribut petir dijangka berlaku di Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Manakala di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau, Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

Orang awam dinasihatkan agar berwaspada, mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

-THE MALAYSIA VOICE

GAMBAR-HIASAN-kredit-Live-Malaysia.png