Gianluigi Donnarumma, pemain yang secara peribadi tak pernah terfikir bahawa Pep Guardiola berminat untuk membawanya masuk. Boleh faham kan sebab apa?
Gaya dan profil daripada Donnarumma ini memang kontra dengan apa yang Pep gemarkan dalam seorang penjaga gol.
Kebiasaannya, Pep ada kecenderungan terhadap ‘ball playing goal-keeper’, seorang pemain yang tahu untuk bereaksi apabila bola berada di kaki.
Itu standard yang diinginkan olehnya sepanjang berada di Barcelona, Bayern Munich, dan Manchester City sebelumnya. Tak perlu ulas panjang soal ini, semua sedia maklum.
Namun begitu, satu hal yang kita tak nafi adalah Donnarumma sebagai seorang ‘shot-stopper’ memang dalam kelas dunia.
Sejak debut di Ligue 1 pada tahun 2021, tiada penjaga gol yang melakukan lebih 300 penyelamatan di dalam lima liga utama Eropah.
Donnarumma boleh jadi benteng terbaik untuk mengelakkan Manchester City daripada senang dibolosi.
Tak bolos di sini sama ada dua, seri atau menang sahaja, dan kalau cukup sifatnya tanpa cela, terus meningkat kebarangkalian pasukan untuk jadi juara.
Penyokong Manchester City pastinya berpuas hati kan tengok Donnarumma ke kelab mereka yang nampak benteng gol akan lebih selamat.
SUMBER: odfc Malaysia






