JUST IN

Pasukan pengurusan TH kekal 100% Bumiputera Muslim

by | Aug 29, 2025 | National, News

Lembaga Tabung Haji (TH), institusi pengurusan haji komprehensif negara, menegaskan bahawa pengurusan operasi TH ditadbir urus dan dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan pengurusan Bumiputera Muslim sepenuhnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad, berkata TH ditubuhkan dengan niat utama untuk umat Islam Malaysia menabung dan menyempurnakan simpanan bagi tujuan haji.

“Kebelakangan ini, TH lebih dikenali bagi perkhidmatan haji dan pada masa yang sama, kos mengerjakan haji kian meningkat tetapi kadar simpanan pendeposit tidak berkembang. Kebanyakan pendeposit tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mengerjakan ibadat haji.

“Bagi menangani masalah ini, TH sedang melaksanakan inisiatif penjenamaan untuk memperkasakan TH sebagai institusi simpanan Islam pilihan di mana umat Islam kekal menabung secara sistematik dan konsisten.

“Pengurusan TH dan urusan ibadat haji tetap dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang 100% bumiputera Muslim, tetapi pelbagai sokongan teknikal diperlukan bagi inisiatif penjenamaan yang kompleks ini dan dibekalkan oleh konsortium yang dibentuk oleh TH. TH perlu menjadi sebuah institusi simpanan yang berpaksikan pelanggan dan ini memerlukan evolusi strategi operasi dan jenama yang relevan, efektif dan bersesuaian dengan perubahan demografi yang dinamik,” ujarnya.

Mustakim juga memberi penekanan bahawa pelaksanaan pelan penjenamaan ini adalah usaha untuk memperkasakan semula peranan TH sebagai institusi simpanan Islam yang dihormati agar umat Islam dapat mengembangkan simpanan mereka dan menunaikan ibadat haji.

TH menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat dikongsikan yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya. Ikuti saluran media sosial rasmi TH untuk mendapatkan sumber maklumat yang tepat dan sahih.

-THE MALAYSIA VOICE

gambar-hiasan-Kredit-Tabung-Haji.jpg