JUST IN

Cabaran Gyokeres buktikan sentuhan pemusnah bersama Arsenal

by | Jul 31, 2025 | Sports

Melihat kepada potensi Viktor Gyokeres di Arsenal, dari satu sudut pandang – perpindahan ini agak berisiko juga. Sebabnya boleh dijelaskan dalam bentuk persoalan.

Adakah jumlah besar jaringan daripada Gyokeres di Liga Portugal mampu diterjemahkan semula secara konsisten di dalam saingan yang lebih mencabar di Premier League?

Di Portugal, selain daripada pasukan-pasukan yang biasa beraksi di Liga Juara-Juara dan Liga Europa, selebihnya merupakan pasukan yang lemah. Tengok bagaimana dominannya Gyokeres apabila berhadapan lawan yang kurang mencabar.

Kalau perhati rangkuman jaringan yang dilakukan juga, memang puas hati Gyokeres makan ruang di dalam kotak, dan benda ini susah untuk dia dapat sama di Premier League.

Risiko yang kita sebutkan tadi juga berkait dengan ciri-ciri pemain yang tidak selari dengan corak permainan Arsenal.

Kalau dapat peluang dalam ruang terbuka, Gyokeres adalah individu yang tepat. Tetapi, dalam sebuah pasukan yang berfokuskan kepada ‘positional attack’, dia tidak akan dapat peluang yang banyak seperti biasa.

Selain itu, di samping ada fizikal yang bagus, Gyokeres ada kekurangan juga dalam aspek di udara dan ‘hold-up play’, yang mana merupakan sangat penting untuk jenis penyerang yang biasa dimainkan Mikel Arteta.

Namun begitu, dalam kita bercakap mengenai risiko, ada satu benda yang Arsenal sebelum ini tiada tapi benda itu ada dalam profil Gyokeres, dan kita sebut ia sebagai ‘true killer’. Pemain seperti Gyokeres ini masuk ke dalam padang dengan mentaliti untuk jaringkan gol walau dengan apa jua cara sekalipun. Itu kualiti yang ada pada pemain Sweden ini.

Walaupun tidak lengkap sepenuhnya, dia tahu bagaimana untuk berada dalam kedudukan yang tepat sama ada untuk menjaringkan gol atau mencipta peluang.

Selain itu, Gyokeres juga merupakan salah seorang pemain yang bagus di Eropah dalam aspek ‘athleticism’.

Mengikut statistik musim lepas, tiada pemain yang ada rekod terbaik dalam melakukan larian ke belakang garisan pertahanan berbanding Gyokeres. Dia memang seorang pemain yang ada kepantasan, intensiti tinggi, cukup dengan kelajuan untuk memberikan pasukan serangan balas yang efektif dan berkesan.

Kemasukan Gyokeres ke Arsenal ini menandakan bahawa ada kemungkinan berlakunya beberapa perubahan dalam corak permainan untuk memastikan kekuatan Gyokeres mampu dimaksimumkan sebaiknya.

Secara peribadi berpendapat, Arsenal mungkin akan cuba untuk mengaplikasikan budaya bola sepak yang luar dari kebiasaan (mengurangkan kawalan penguasaan, lebih ‘direct’).

Dari satu sisi, rasa seperti kurang sesuai, tapi di sebelah lainnya, itu satu kenyataan yang jelas tentang keperluan tinggi untuk Arsenal dalam mengubah proses pasukan di bahagian serangan mereka.

SUMBER: odfc Malaysia

Gyokeres-Arsenal.jpeg