JUST IN

McDonald’s Malaysia santuni 70,000 rider penghantaran seluruh negara menerusi #MekdiBelanjaRider kali ke-4

by | Jun 26, 2025 | Business, Local, News, SUSTAINABILITY

McDonald’s Malaysia baru-baru ini menyantuni lebih 70,000 penunggang penghantaran makanan atau rider di seluruh negara menerusi kempen #MekdiBelanjaRider.

Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan terhadap peranan penting mereka dalam menyokong perkhidmatan penghantaran serta menghubungkan McDonald’s Malaysia dengan para pelanggan di seluruh negara.

Dilancarkan pada tahun 2021, kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan McDonald’s Malaysia bagi menghargai golongan yang menyumbang kepada masyarakat, khususnya komuniti rider yang berkhidmat tanpa mengira masa dan lokasi demi memenuhi keperluan pelanggan.

Mengiktiraf jasa serta dedikasi mereka, McDonald’s Malaysia berbesar hati menyumbangkan set hidangan percuma sama ada McDonald’s Foldover atau burger Spicy McCrispy kepada para rider, yang diedarkan dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

Kempen #MekdiBelanjaRider ini bukan sahaja terbuka kepada rider McDelivery, malah turut diperluaskan kepada rider daripada rakan penghantaran rasmi seperti GrabFood, ShopeeFood dan Foodpanda, serta mana-mana syarikat penghantaran lain.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang berteraskan komuniti, McDonald’s Malaysia amat menghargai para rider yang setiap hari berusaha menghantar hidangan kami kepada pelanggan, tidak kira panas atau hujan.

“Mereka adalah antara nadi penting dalam ekosistem penghantaran yang menyokong operasi kami serta membantu meningkatkan hasil penjualan makanan setiap hari. Kempen ini adalah tanda kecil penghargaan kami atas sumbangan besar mereka,” kata Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak, McDonald’s Malaysia.

#MekdiBelanjaRider merupakan salah satu program berterusan dalam rangkaian aktiviti kemasyarakatan McDonald’s Malaysia, yang bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan serta menzahirkan keprihatinan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Bermula dengan penghargaan kepada para guru pada bulan Mei lalu, kempen ini diteruskan pada bulan Jun dengan tumpuan kepada komuniti rider yang membantu memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana jua.

-THE MALAYSIA VOICE

mcD-rider.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES