JUST IN

Stadium Larkin dalam lipatan sejarah kebangkitan revolusi JDT

by | Jun 25, 2025 | Sports

Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, atau lebih dikenali sebagai Stadium Larkin menjadi saksi bisu kepada revolusi bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dari sebuah pasukan biasa, JDT telah bertransformasi menjadi gergasi yang digeruni di persada bola sepak Malaysia, dan Stadium Larkin menjadi tempat bermula keajaiban ini berlaku.

Pada era sebelum JDT, Stadium Larkin mungkin dikenali sebagai kubu kuat pasukan Johor dan kemudiannya Johor FC.

Ketika era itu Stadium Larkin mungkin dengan sedikit keriuhan penyokong tempatan, tetapi tidak pernah benar-benar mencuri tumpuan di peringkat nasional.

Segalanya berubah apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengambil alih pentadbiran bola sepak Johor.

Stadium Larkin menjadi kanvas pertama bagi visi dan misi beliau untuk mengangkat martabat bola sepak negeri.

Bermula dengan penambahbaikan fasiliti, pencahayaan, dan padang permainan yang bertaraf antarabangsa.

Ini bukan sekadar kosmetik, tetapi isyarat jelas bahawa JDT serius dalam mengubah landskap bola sepak.

Stadium Larkin kemudiannya menjadi saksi bisu kepada setiap kejayaan JDT. Dari kejuaraan Liga Super yang berturut-turut, hingga kepada detik bersejarah menjulang Piala AFC pada tahun 2015.

Kini bagi mana-mana pasukan lawan, menentang JDT ibarat melangkah ke sarang harimau.

“Kalah itu pasti, seri seperti menang, manakala menang satu keajaiban.” Itulah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh pasukan-pasukan yang menentang JDT hari ini.

SUMBER: Empayar Bola

GAMBAR-HIASAN-kredit-Bernama.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES