JUST IN

RHB Islamic Perkukuh Komitmen Terhadap Kewangan Sosial Islam

by | Jun 23, 2025 | Business, News

RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic” atau “Bank”) terus memperkukuh kepimpinan dalam Kewangan Sosial Islam melalui inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkasakan golongan asnaf dan komuniti B40. Usaha-usaha ini, yang disokong oleh pelancaran laman web baharu, mendorong perubahan positif dan mempromosikan masyarakat yang lebih saksama. Laman web ini meningkatkan ketelusan dan berfungsi sebagai platform untuk penglibatan awam, membolehkan penerima manfaat, rakan strategik, dan komuniti umum untuk turut serta dan menyumbang kepada misi kewangan sosial Bank.

“Di RHB Islamic, kami percaya bahawa kejayaan kewangan mesti seiring dengan tanggungjawab sosial,” kata Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan RHB Islamic. “Berpandukan Maqasid al-Shariah, kami komited kepada penyelesaian mampan yang menangani cabaran sosioekonomi. Sejak 2017, kami telah menyalurkan dana zakat, wakaf dan sedekah secara strategik merentasi empat teras utama: Pemerkasaan Ekonomi, Pemerkasaan Pendidikan, Kelestarian Komuniti, dan Inisiatif Hijau – dengan fokus kepada impak jangka panjang.”

Komitmen ini terbukti melalui peningkatan berterusan dalam penggunaan dana, yang meningkat daripada RM1.06 juta pada tahun 2022 kepada RM1.43 juta pada tahun 2024. Selaras dengan rangka kerja Pendekatan Berasaskan Nilai (VBI) oleh Bank Negara Malaysia dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), inisiatif utama seperti B40 Education Empowerment Programme (BEEP), B40 Empowerment Strategy – Be Your Own Boss (BEST-BYOB), dan Inisiatif Masjid Hijau menyokong komuniti asnaf melalui pendidikan dan keusahawanan. Usaha-usaha ini melibatkan kerjasama dengan rakan strategik seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Laman Web Baharu Tingkatkan Ketelusan dan Penglibatan

Laman web yang baru dilancarkan ini berperanan sebagai pusat maklumat utama bagi inisiatif kewangan sosial RHB Islamic, menawarkan pandangan menyeluruh mengenai program yang sedang dijalankan, kisah kejayaan, serta ruang untuk penglibatan komuniti. Ia meningkatkan ketelusan dan kebolehcapaian kepada pelanggan, penerima manfaat dan orang ramai, dengan menyediakan maklumat tentang program yang ditawarkan, penggunaan dana, serta peluang untuk menyertai inisiatif kewangan sosial Bank.

Menuju Masa Hadapan: Visi yang Jelas

RHB Islamic kekal komited dalam memperluas inisiatif kewangan sosialnya, dengan matlamat untuk memperkasakan sekurang-kurangnya 10,000 individu asnaf dan B40 menjelang tahun 2030 melalui pendidikan, keusahawanan dan peluang ekonomi.

Mengulas mengenai visi jangka panjang Bank, Dato’ Adissadikin Ali berkongsi, “Saya berharap para peserta yang kami bantu hari ini, sama ada sebagai usahawan asnaf mahupun pelajar, suatu hari nanti akan menjadi penyumbang dan pembayar zakat pula. Itulah ukuran kejayaan sebenar – apabila mereka yang diperkasa mampu memberdayakan orang lain pula.” Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Kewangan Sosial RHB Islamic, sila layari laman web baharu di www.rhbgroup.com/islamic-social-harmoni/

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES