JUST IN

Malaysia sah bakal sertai kejohanan CAFA Nations Cup 2025

by | Jun 23, 2025 | Sports

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi cabaran baharu apabila menyertai CAFA Nations Cup 2025, kejohanan anjuran Pesekutuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) yang menghimpunkan lapan pasukan ternama termasuk Iran dan Uzbekistan, dua negara yang telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026.

Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, penyertaan ini bukan sahaja satu penghormatan, malah membuka peluang untuk merealisasikan impian yang lebih besar di pentas antarabangsa.

“Kami berbangga untuk menyertai Kejohanan CAFA 2025. Kami akan berdepan cabaran hebat di tempat lawan dan bersaing dalam persekitaran yang mencabar menentang pasukan-pasukan kuat.

“Pengalaman ini akan menguji kami dalam pelbagai aspek, di dalam dan di luar padang, dan ia amat penting untuk pembangunan berterusan skuad kebangsaan.

“Kejohanan ini merupakan satu lagi peluang penting untuk Harimau Malaya mengharumkan nama negara, menyemarakkan semangat penyokong, dan terus membina perpaduan yang diimpikan oleh bola sepak Malaysia,” kata Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Peter Cklamovski.

Kejohanan ini dijadualkan bermula pada 26 Ogos sehingga 9 September depan dengan Kyrgyzstan dan Uzbekistan telah dipilih sebagai tuan rumah untuk CAFA 2025 yang memasuki edisi kedua ini.

Antara pasukan yang ketika ini telah mengesahkan penyertaan adalah Afghanistan, Iran, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan selain Oman yang juga pasukan jemputan.

-THE MALAYSIA VOICE

MAS-CAFA-Nations-Cup.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES