Sejak mengesahkan kejuaraan, intensiti Liverpool dalam perlawanan pun dah mula berkurang. Rujuk perlawanan-perlawanan yang sebelumnya, trend semasa mereka memang boleh dibaca.
Rasanya, kita boleh faham sebab apa, dan itu tak perlu diulas panjang. Nak ulas apa yang berlaku ini pun sebenarnya tidaklah terlalu terperinci kerana mood kedua-dua pasukan bukan lagi seratus peratus di atas padang.
Ada beberapa benda penting mungkin boleh dilihat dalam perlawanan ‘pemanas badan’ Liverpool menentang Crystal Palace.
Separuh masa pertama, Liverpool memang betul-betul berada dalam gear satu, dan itu tak cukup kuat untuk berhadapan dengan struktur ‘low block’ daripada Palace.
Ketiadaan Alexis Mac Allister amat dirasai kerana dia merupakan nadi kreativiti di bahagian tengah. Tanpa Macca juga, bahagian tengah Liverpool nampak kekurangan idea.
Dominik Szoboszlai pula dilihat bergelut apabila diletakkan di posisi tengah ofensif apabila menentang pasukan yang bertahan secara ‘compact’.
Boleh kata, rata-ratanya gagal menyerlah dengan baik untuk memberikan impak yang sebenar.
Kemasukan Trent Alexander-Arnold semasa separuh masa kedua membantu Liverpool untuk menyerang dan mencipta. Tapi, dalam masa yang sama, klinikaliti pemain masih lagi punca yang belum diselesaikan.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila Gravenberch dilayangkan kad merah pada minit ke-67.
Walaupun kekurangan seorang pemain, maruah Liverpool pada hari akhir perlawanan diselamatkan oleh Mo Salah.
Dua mata dalam empat perlawanan, adakah penyokong Liverpool boleh menerima?
Mungkin ada beberapa isu tentang prestasi semasa tetapi kalau faham situasi semasa, kebimbangan tersebut masih boleh diperbaiki.
Cuma yang pasti, selepas memenangi liga, pemain dan penyokong nampak cuba untuk menikmati masa dan bersantai dalam meraikan kejayaan sehingga tiba waktu trofi dijulang.
Apa-apa pun, tahniah Liverpool di atas kejayaan menjulang kejuaraan Liga Inggeris buat kali ke 20.
SUMBER: odfc Malaysia






