Misal kata, jika kita dalam situasi berhenti menonton bola sepak dalam tempoh tertentu, tiba-tiba tertengok perlawanan akhir Europa League.
Mungkin dalam hati menyangka bahawa Ange Postecoglou sudah dipecat dan digantikan dengan seorang jurulatih yang ada pembawakan berbeza.
Ini kerana, cara Spurs menang kali ini sangat bertentangan dengan falsafah bola sepak Ange yang biasanya cenderung kepada menyerang dan mengawal permainan.
Statistik daripada perlawanan sendiri menunjukkan bagaimana Spurs bermain secara bertahan.
27% penguasaan bola, 61% ketepatan hantaran hanya, 3 percubaan ke arah gol (tiada langsung pada separuh masa kedua).
Kenapa jadi begitu, kita kena faham situasi semasa pasukan selain perlunya sentiasa berhati-hati dengan pasukan lawan yang rata-ratanya mempunyai pemain yang sudah berpengalaman beraksi dalam final.
‘Pragmatism at its finest.’
Apa yang diubah bawa hasil, dengan akhirnya Spurs berjaya memenangi trofi setelah 17 tahun tanpa sebarang kejuaraan.
Secara peribadi sentiasa berpegang bahawa:
‘Anda perlukan idealisme untuk menarik hati penyokong. Tetapi, untuk memenangi sesuatu dan terus diiingati, anda perlukan pragmatisme.’
Lain macam rasanya aura tengok Spurs berjaya angkat piala.
SUMBER: odfc Malaysias






