JUST IN

Video ‘Goodbye’ Luke Nichols catat 12.3 juta dalam dua hari, tarik 3 juta pengikut baharu

by | May 21, 2025 | News, Opinions, THE GRAPEVINE, World

OLEH: MOHD FADLI SALLEH

Kalau kalian perasan, asyik lalu lalang gambar ini di media sosial. Terutama dari laman media sosial terkenal di Eropah sana.

Soalnya kenapa? Siapa dia ini? Dia mati atau apa?

Inilah Luke Nichols. ‘YouTuber’ yang buat saluran berjudul Outdoor Boys. Beliau tak mati. Beliau umumkan akan berhenti buat video dan video berjudul ‘Goodbye’ pada 17 Mei 2025 merupakan video terakhir daripadanya.

Video Goodbye mencatat 12.3 juta tontonan dalam masa dua hari sahaja. Saluran YouTube beliau mendapat lebih 12 juta pengikut dan pelanggan dalam masa 18 bulan sahaja.

Menariknya, apabila beliau buat video Goodbye ini, lebih 3 juta pengikut baharu pula mula mengikutinya. Agak lucu kerana orangnya sudah umumkan untuk berhenti, tetapi makin ramai pula yang tiba-tiba mengikutinya.

Ramai kaum lelaki bersedih dan kecewa dengan berita ini. Sebab lelaki cukup suka bahan tontonan seperti berkhemah, aktiviti luar bersama anak-anak, keindahan alam, memancing, mendaki dan sebagainya.

Ya, lelaki seluruh dunia suka bahan tontonan seperti itu. Bukan bahan joget-joget yang seksi dan seumpama dengannya.

Pengunduran Luke Nichols menjadi fenomena dan berita besar di Eropah. Di Malaysia setakat ini, saya akui belum terbaca lagi sesiapa menulis tentang hal ini. Jadi, saya mula tulis tentangnya.

Antara punca utama beliau berhenti buat bahan tontonan kerana hendakkan privasi. Beliau rasa ‘takut’ dan tak selesa ketika setiap video yang dihasilkannya mencecah puluhan juta tontonan kurang 24 jam.

Beliau juga mengatakan ingin lebih fokus pada keluarga dan membantu anak-anak dengan saluran YouTube mereka sendiri.

Namun video terakhir dari beliau menyentuh hati ramai orang terutamanya ‘geng ayah-ayah’. Beliau antara sumber inspirasi kaum lelaki sejati. Begitulah.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

Goodbye.jpg