JUST IN

Simone Inzaghi kini layak dijulang sebagai pengurus elit bola sepak moden

by | May 7, 2025 | Sports

Hasil kerja daripada Simone Inzaghi di Inter Milan ini memang layak diberi penghargaan yang tinggi meskipun namanya tidaklah berprestij seperti Pep Guardiola, Jurgen Klopp dan lain-lain.

Kejayaan Inter tidak dibina berasaskan nama-nama bintang.

Sebaliknya, ia lebih kepada kekuatan sistem, kebersamaan pasukan dan strategi kejurulatihan.

Layak dua kali ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam tempoh tiga tahun ini bukan pencapaian yang kecil, terutama apabila kita lihat balik skuad semasa yang mereka ada.

Persembahan pasukan secara keseluruhan menerusi individu yang dinilai ‘underrated’ adalah refleksi kepada nilai daripada kepakaran Inzaghi.

Inter juga bukan sekadar ampuh ketika bertahan seperti yang digembar-gemburkan selalu. Menyelami lebih dalam, kita sedar bahawa mereka cukup inovatif.

Bermain dengan tiga pemain bek tengah, ada ‘positional play’ yang cukup ‘fluid’, dan corak serangan pula cukup terancang. Ini sesuatu yang jelas, sebuah sistem yang begitu efektif dan efisien dibina oleh Inzaghi.

Inzaghi telah mengubah Inter menjadi sebuah pasukan yang mantap dalam aspek taktikal, melepasi jangkaan daripada kita semua.

Oleh sebab apa yang disebutkan di atas, sewajarnya Inzaghi mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang pengurus elit dalam era bola sepak moden ini.

SUMBER: odfc Malaysia

Inter-Inzaghi.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES