JUST IN

Dumfries memukau ikat Barcelona, pacu kejayaan strategi Inter Milan

by | May 2, 2025 | Sports

Denzel Dumfries merupakan ancaman yang kerap menjadi duri dalam daging kepada Barcelona dalam perlawanan.
Mungkin ini adalah pemain paling berbahaya untuk Inter di peringat separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi kelmarin.

Ancaman daripada Dumfries ini bukan datang sekadar daripada situasi bola mati sahaja (dua gol dari sepakan penjuru).

Dalam situasi ‘open play’, Dumfries juga digunakan secara efektif dalam melicinkan strategi serangan Inter.
Untuk lebih jelas, kita pecahkan kepada dua aspek tersebut:

Pertama, Dumfries menunjukkan ketajaman dan keupayaan di udara apabila berhasil menjaringkan dua gol dalam situasi sepakan penjuru. Masa yang tepat, kedudukan, dan fizikal daripada pemain memberikan Barca masalah yang cukup serius semasa fasa tersebut.

Kedua, semasa ‘open play’, Inter menunjukkan trend atau corak tertentu di dalam perlawanan. Mereka memulakan pembinaan serangan di sebelah kiri, dengan tujuan untuk menjemput tuan rumah memberikan tekanan kepada mereka di bahagian tersebut.

Ini secara tidak langsung membuka ruang tertentu di bahagian ‘flank’ sebelah kanan.

Inter kemudian segera melakukan ‘switch play’ ke arah sana, di mana Dumfries memang diletakkan dalam kedudukan bersedia untuk mengeksploitasi ruang terbuka.

Dengan kelajuan dan larian yang ‘direct’. Dumfries boleh menentukan sama ada untuk membawa bola ke kawasan berisiko lawan atau melakukan hantaran sebelum pemain Barca kembali dalam struktur asal mereka.

Sebab apa ia menjadi?

Pemain Barca terlalu condong dan cenderung ke sebelah kanan kerana memainkan garisan yang tinggi dan tekanan yang agresif.

Tanpa seorang pemain bek kiri tulen (Alejandro Balde), mereka gagal mendapatkan pelindung defensif yang tepat di sebelah sisi kiri mereka.

Gerard Martin yang menggantikan Balde terlalu konservatif dan bergelut untuk berhadapan dengan ‘explosiveness’ daripada Dumfries.

Kesimpulannya?

Dumfries dalam perlawanan ini bukan sekadar penjaring gol sahaja. Dia adalah kunci kepada strategi Inter.

Seluruh pelan serangan dibina untuk mencipta ruang buat Dumfries, dan dia membalas kepercayaan itu dengan persembahan yang sangat efisien dan efektif.

Gabungan daripada fizikal, kelajuan dan kefahaman taktikal yang tinggi meletakkan Dumfries sebagai ancaman utama buat Barca, terutama semasa situasi transisi dan ‘switch play’.

SUMBER: odfc Malaysia

Dumfries-UCL-Barca-Inter.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES