Leeds United dan Burnley, dua pasukan yang sangat ‘familiar’ untuk kita semua. Kedua-dua pasukan telah berjaya mengesahkan promosi ke Premier League musim depan.
Ini menandakan kepulangan kedua-dua kelab ke saingan tertinggi bola sepak Inggeris setelah mengalami penyingkiran dalam beberapa musim yang terdahulu. Kini, mereka bakal hadir dengan semangat serta cabaran yang baru.
Kedua-dua pengurus pasukan, Daniel Farke (Leeds) dan Scott Parker (Burnley) telah berjaya membantu pasukan masing-masing untuk promosi ke Liga Perdana buat kali ketiga dalam karier pengurusan.
Daniel Farke berjaya membawa Norwich City promosi ke Premier League sebanyak dua kali iaitu pada musim 2018/19 dan 2020/21 manakala Scott Parker sebelum ini berjaya membawa pasukan berbeza seperti Fulham (2019/2020) dan Bournemouth (2021/22).
Kejayaan yang berulang ini menunjukkan kepakaran mereka dalam menangani cabaran di saingan Championship yang sering dianggap sebagai salah satu liga yang sukar.
Namun begitu, cabaran sebenar kini menanti kedua-dua pengurus dalam membuktikan bahawa mereka mampu mengekalkan kelab masing-masing dalam Premier League.
Sama ada Daniel Farke dan Scott Parker, masing-masing bukanlah ada rekod sebaik yang dicipta dalam saingan Championship.
Sepanjang dua musim yang berbeza, setiap kali itu juga pasukan yang dipegang gagal bertahan di peringkat tertinggi untuk musim seterusnya.
Tumpuan sudah tentu akan diberikan kepada kedua-dua pengurus ini untuk memecahkan kitaran buruk yang dialami. Untuk berjaya, kedua-dua individu tersebut perlu:
i) Memperkukuhkan skuad masing-masing dengan bijak pada musim panas ini
ii) Menyesuaikan taktikal dengan kelajuan dan intensiti bola sepak Premier League
iii) Belajar daripada pengalaman lalu agar kesilapan sama tidak berulang
Sekiranya berhasil, perubahan positif tidak sekadar berlaku dalam karier pengurus saja tetapi akan bagi impak yang besar kepada perkembangan pasukan.
SUMBER: odfc Malaysia






