Diinspirasikan oleh gerakan hippie yang penuh semangat bebas, Marshall kini perkenalkan warna Sage sebagai tambahan terbaru dalam siri Emberton III.
Dengan ciri ikonik dan lantang, Emberton III menawarkan lebih 32 jam masa bermain tanpa wayar dalam satu cas serta reka bentuk kalis habuk dan air yang tahan lasak. Speaker mudah alih ini benar-benar mewakili semangat ‘on-the-road’ Marshall. Dengan pilihan warna Black dan Cream yang sudah berada di pasaran, kini Sage melengkapkan koleksi ini dengan gaya klasik Marshall yang menonjol.
Sebagai warna yang melambangkan keseimbangan dan ketenangan, Sage menambah kepelbagaian kepada barisan Emberton III. Speaker ini bukan sahaja bersaiz kompak tetapi cukup berkuasa untuk menahan apa jua cuaca dan tetap memberikan bunyi berkualiti sepanjang hari.
Dengan teknologi True Stereophonic, Marshall membawa pengalaman bunyi multidimensi yang memenuhi ruang anda dari setiap sudut. Kini dalam warna Sage, musik boleh dinikmati dengan gaya yang selari dengan personaliti diri sendiri.
Emberton III Sage kini dijual di Marshall.com pada harga RM 999.
Sementara itu, satu lagi warna klasik dalam barisan Minor IV menyaksikan ketibaan Minor IV Cream. Dikenali dengan kebebasan bergerak yang ditawarkannya, warna baharu ini membawa lebih gaya kepada koleksi Minor IV.
Setiap produk dalam siri Marshall Minor direka untuk mereka yang mahu menonjol melalui pemilihan warna earbud mereka. Minor IV dalam Cream mengekalkan konsep ini. Dengan reka bentuk ‘mirrored touch-sensitive’, fon telinga tanpa wayar (earbud) ini membolehkan pemiliknya menyesuaikan gaya mereka dengan muzik yang mereka dengar, di mana sahaja mereka berada.
Minor IV Cream direka untuk menarik perhatian – ringkasnya, ini adalah gaya klasik yang akan kekal relevan untuk tahun-tahun akan datang.
Dengan reka bentuk selesa, masa bermain lebih daripada sehari penuh dan kesesuaian yang dipertingkatkan, Minor IV dalam Cream kini menawarkan gabungan bunyi dan gaya tanpa sebarang kompromi.
Model ini dijual secara global di Marshall.com pada harga RM 699.
-THE MALAYSIA VOICE






