JUST IN

Barcelona ramuan Hansi Flick gagah menyerang

by | Apr 16, 2025 | Sports

Musim ini, aspek serangan Barcelona di bawah Hansi Flick ini memang sukar untuk dikekang.

Sama ada bertemu lawan yang memainkan garisan pertahanan tinggi, blok bertahan yang rendah, atau struktur yang ‘compact’, jarang mereka tak jumpa jalan untuk cipta situasi yang berbahaya.

Salah satu aset terkuat mereka adalah versatiliti di bahagian serangan.

Barca tidak ditetapkan untuk bermain dalam satu cara tertentu sahaja. Beberapa hal yang boleh dilihat berdasarkan trend serangan mereka adalah:

i) Pembinaan serangan melalui bahagian tengah
ii) Penggunaan bahagian sisi untuk mengeksploitasi kawasan ‘flank’
iii) Penghantaran bola melepasi garisan pertahanan untuk mencipta peluang menjaringkan gol

Selain itu, keupayaan mereka untuk menukar mode/gear daripada ‘positional attack’ kepada ‘counter attack’ turut membolehkan mereka menjadi ancaman yang sangat berkesan.

Barca tahu bagaimana untuk masuk ke dalam kotak melalui bahagian sayap atau melepasi pertahanan lawan menerusi hantaran yang dilakukan pada waktu yang tepat ke belakang garisan pertahanan lawan.

Itu kita tak sebut lagi peranan dan kualiti daripada individu-individu tertentu yang sudah pasti menjadi tambah nilai yang segar daripada mereka.

Lawan untuk Barca selepas ini mungkin tak perlu terlalu fokus untuk sekat serangan daripada mereka semata-mata.

Kalau semata-mata ingin dapatkan ‘clean sheet’, itu tugas yang agak berat, tambah lagi jika pasukan tersebut ada isu dalam defensif.

Lebih baik cuba fikir bagaimana cara untuk tambah peluang atau kebarangkalian dalam menjaringkan gol.

Serangan yang sukar disekat, digabungkan dengan taktikal yang fleksibel, menyebabkan lawan akan melalui masalah sepanjang 90 minit di atas padang.

SUMBER: odfc Malaysia

hansi-flick-barcelona-CREDIT-PHOTO-Ana-Gonzalez-Opta-Analyst.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES