JUST IN

Isu ceroboh tanah di Raub: Pentingnya fahami kedaulatan undang-undang

by | Apr 14, 2025 | National, News, Opinions

OLEH: FIRDAUS WONG WAI HUNG

Tahniah kerajaan negeri Pahang bertindak tegas menebang 200 pokok durian yang ditanam oleh penceroboh tanah.

Dalam sebuat video tular, Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan penceroboh tanah ini tak perlu menjerit atau memaki penguatkuasa sebenarnya.

“Pokok tak salah punyaaa!”

Memanglah pokok tak salah. Yang salah adalah kalian yang menceroboh tanah milik kerajaan lalu dibuat sesuka hati anda!

Soalan mudah sahaja tanpa perlu emosi.

(1) Adakah itu tanah milik anda? Ya atau tidak?

(2) Kalau bukan, ada surat sewa dengan pemilik tanah?

(3) Kalau tiada, ada kebenaran dari pemilik tanah untuk anda tanam durian di situ?

(4) Selama berpuluh-puluh tahun, pernah anda bayar sewaan kepada pemilik tanah?

Kalau tiada, maka jadilah rakyat Malaysia yang mendaulatkan undang-undang.

Setiap kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bertindak tegas seperti kerajaan negeri Pahang dalam menangani penceroboh tanah. Ceritalah apa pun.

Dah pacak, tanam dan duduk berpuluh tahun atau seratus tahun sekalipun. Bukan milik anda maka bukan milik anda.

Orang lain yang jujur dan mematuhi undang-undang kena beli atau sewa tanah, penceroboh sewenang-wenangnya gunapakai percuma pula. Bila tuan punya tanah mahukan tanah mereka, ada hati pula nak berdemonstrasi dan meminta pampasan?

Bukan pampasan yang perlu diberikan tetapi hukuman penjara dan denda yang wajib dikenakan!

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

KREDIT-FOTO-SAMKA-New-Straits-Times.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES