JUST IN

Wanita balas dendam kepada ‘suami jahanam’ dalam Astro Originals terbaru, First Wives

by | Apr 11, 2025 | THE GRAPEVINE

Selepas drama premium yang diinspirasikan daripada jenayah siber sebenar, One Cent Thief 2, Astro Originals membawakan sebuah lagi drama premium yang mengangkat kisah dua wanita yang membalas dendam iaitu First Wives.

Topik ini amat relevan di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya isu individu yang menjalani dua kehidupan berbeza kerana beban hutang dan perkahwinan rahsia.

Menariknya, First Wives menyampaikan topik ini dengan sentuhan drama dan humor, menjadikannya sebuah tontonan yang menghiburkan. Mimi Lana membawakan watak Diyana di mana suaminya, Azzim lakonan Malek Mccrone telah berkahwin lain tanpa pengetahuannya, dan ini merupakan kali pertama Mimi Lana membawakan watak dengan karakter komedi.

Manakala Melissa Campbell memegang watak Michelle, seorang isteri terpaksa menanggung hutang ah long akibat suaminya, Roshan lakonan Charles Roberts terlibat dalam aktiviti judi.

Selain itu, First Wives turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewarnai setiap karakter, seperti pelakon Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran.

Drama premium 8 episod yang akan temui penonton bermula 11 April, bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand, Astro GO dan sooka jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), manakala Astro Ria (saluran 104) setiap Isnin, jam 9 malam. First Wives merupakan terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions.

Sementara itu pengarahnya adalah Imro Nasution, penulis skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Dee Peter.

Penerbit Eksekutif First Wives merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Jangan pandang rendah pada wanita – mesej ini yang ingin kami bawakan dalam First Wives, di mana penonton dapat menyaksikan wanita sebagai nadi utama penceritaan dan kami ingin meraikan golongan ini yang kuat dan tabah.

“Kami mengharapkan First Wives dapat menyuntik semangat buat para wanita dan isteri untuk bangkit memperjuangkan hak mereka, menuntut keadilan, dan membina kehidupan yang lebih bermakna tanpa perlu terus terperangkap dalam pengkhianatan dan bebanan.”

-THE MALAYSIA VOICE

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES