JUST IN

Huijsen pemain bek tengah muda berbakat besar

by | Mar 27, 2025 | News, Sports, World

Dean Huijsen, lapan bulan yang lepas, harga yang dibayar Bournemouth kepada Juventus adalah sebanyak €15 juta. Hari ini, nilainya sudah melonjak, lebih-lebih lagi apabila sudah mendapat panggilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Huijsen kini menjadi bakat yang sentiasa diperkatakan dalam dunia bola sepak. Ada tiga aspek atau nilai yang ditawarkan menerusi permainan Huijsen.

i) Tidak takut untuk mengambil risiko dalam melakukan hantaran, gambaran kepada kayakinan dan keupayaan teknikal yang ada.

ii) Kreativiti di dalam pembinaan serangan, tahu bagaimana untuk melibatkan diri semasa fasa serangan, berhubung baik dengan pemain tengah dalam menggerakkan gerakan serangan.

iii) ‘Football IQ’, ada kefahaman yang tinggi di dalam permainan, bacaan perlawanan yang bagus, membantu dalam membuat keputusan semasa di dalam atau luar penguasaan.

Semalam, dalam perlawanan menentang Netherlands, Huijsen sekali lagi menunjukkan kualiti yang membezakan dirinya dengan pemain CB muda yang biasa.

Keupayaannya dalam melakukan hantaran tepat dan bervisi membantu pasukan dalam mengawal tempo permainan dari bahagian belakang.

Pada awal perlawanan, Huijsen mencipta peluang yang besar untuk Nico Williams menerusi lorongan kemas yang memecah struktur pertahanan lawan.

Kemudian, dia menyumbang bantuan jaringan yang cantik kepada Lamine Yamal.

Ini satu bukti yang baik bahawa dia bukan sahaja mampu menjadi seorang pertahanan yang solid, tetapi juga ada keupayaan dalam mencari pemain yang membuat larian dan melakukan hantaran pada masa yang tepat ketika situasi serangan.

Apa yang membuatkan Huijsen menjadi individu yang menarik perhatian kita adalah peningkatannya yang berterusan.

Dia berkembang menjadi pemain pertahanan tengah yang bukan sahaja solid ketika bertahan, tetapi ada nilai kreativiti dan kebijaksanaan yang selari dengan keperluan bola sepak moden.

Huijsen adalah pemain yang akan diperhatikan dengan penuh teliti dan kita dapat agak berapa lama lagi dia di Bournemouth berdasarkan minat yang ditunjukkan oleh kelab-kelab besar terhadapnya.

SUMBER: odfc Malaysia

Huijsen-Spain.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES