Keputusan penuh perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 bagi Kumpulan F, semalam menyaksikan skuad kebangsaan berjaya menewaskan Nepal dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Hector Hevel pada minit ke-29 dan Corbin Ong di minit 71.
Permulaan yang baik tiga mata buat anak buah Peter Cklamovski. Ramai suka melihat jurulatih kembali meletakkan Dion Cools di posisi kegemaran iaitu bek kanan (RB) atau sayap kanan (RWB,) sangat dominan dan bersahaja bersama Arif Aiman di bahagian kanan.
Debut yang cemerlang buat pemain warisan terbaru Harimau Malaya, Hector Hevel.
Pemainan ‘fast pace’ dari anak buah Peter Cklamovski. Mungkin ini yang Peter maksudkan tentang ‘pace gameplay’ di Liga Super agak perlahan, dan ini cuba diterapkan dalam permainan sulungnya. Agak menarik!
Di atas padang nampak formasi yang digunakan 3-4-3 Peter Cklamovski mirip sistem Ruben Amorim di Manchester United dengan pendekatan dua pemain nombor 10 di belakang penyerang.
Pujian juga wajar diberikan kerana Cklamovski gunakan pemain muda seperti Nooa Laine, Harith Haiqal dan Arif Aiman.
Satu perubahan positif dari skuad Peter Cklamovski di separuh masa kedua, dari segi taktikal dalam ‘set pieces’. Hasilnya 1 gol dari Corbin Ong yang sangat kemas dan bijak.
Selepas gol kedua, perlawanan jadi perlahan dan sedikit bosan. Tetapi, misi utama malam tadi tercapai iaitu 3 mata dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2027.
Seterusnya, kita akan bertemu Vietnam pada Jun 2025. Untuk perlawanan ini, Harimau Malaya perlu lebih bersedia dan perlu asah penyudah untuk menang. Jika menang, peluang mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 adalah sangat cerah.
SUMBER: Harimau Malaya