JUST IN

Jangan batu api! Isu kuil haram bukanlah isu kaum

by | Mar 25, 2025 | National, News, Opinions

OLEH: MOHD FADLI SALLEH

Kawan-kawan. Isu kuil haram bukan isu kaum. Ia isu undang-undang. Ia isu ‘curi’ tanah secara ‘illegal’.

Ramai sahaja kaum India tak setuju dengan cara pacak haram begini. Jadi tolong jangan salahkan kaum secara keseluruhan. Salahkan mereka yang ‘curi’ tanah ini.

Dalam agama mereka pun sebenarnya tak boleh ambil tanah orang untuk bina kuil secara haram.

Satu lagi kena faham, ia bukan isu politik. Hal ini berlaku berkurun lama dah, sejak merdeka lagi. Entah berapa kali bertukar kerajaan pun, hal ini masih berlaku.

Saya nampak isu ini berlaku kerana terlalu bertolak ansur hingga ditolak beransur ansur. Ia kelemahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tak boleh nak bertegas.

Bila bertegas mereka kata kita tak hormati agama mereka. Ia bukan isu agama!

Malaysia negara berbilang kaum dan agama. Setiap kaum dan penganut agama boleh laksanakan ibadat mengikut ajaran agama masing-masing tanpa halangan. Cuma jangan ambil tanah orang atau kerajaan sesuka hati sahaja.

Harap kerajaan semasa lebih bertegas dan selesaikan isu yang dah berakar umbi dalam negara kita sejak sekian lama.

Bacalah antara ‘screenshot’ luahan kaum India lain yang relevan dan tak bersetuju dengan cara ‘curi’ tanah untuk bina kuil. Begitulah.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

GAMBAR-HIASAN.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES