JUST IN

Simboliknya kucing dalam masyarakat di Jepun

by | Mar 24, 2025 | News, Opinions, World

OLEH: FARAHI KAMARUDDIN

Orang Jepun sayangkan kucing. Lihat sahaja buku-buku mereka, komik, kafe kucing, malah ada sebuah pulau yang khas buat kucing di Jepun! Jadi, apa sebabnya mereka terlalu sukakan kucing ini?

Kecintaan Jepun terhadap kucing sebenarnya bermula lebih lama daripada yang anda fikirkan! Sebagai salah satu tamadun tertua di dunia, Jepun telah berkurun lamanya mempunyai kisah mitologi dan cerita rakyat mereka yang tersendiri.

Dalam semua kisah ini, ada satu makhluk yang sentiasa muncul, iaitu yokai iaitu istilah luas yang digunakan untuk menggambarkan mana-mana makhluk ghaib dalam cerita rakyat Jepun, daripada hantu, kepada raksasa, kepada pari-pari. Yokai tidak semestinya semuanya baik atau jahat, mereka hanya ditakrifkan sebagai ‘ghaib’.

Di antara banyak yokai dan cerita tentang mereka, terdapat juga yokai seperti kucing. Dua daripada yang paling berpengaruh antaranya ialah bakeneko dan maneki neko yang ikonik.

Maneki neko contohnya adalah simbol nasib baik dan tuah bagi masyarakat Jepun. Kisah maneki neko ini ada kaitan dengan seekor kucing yang telah menyelamatkan seorang samurai daripada dipanah petir dengan berlindung di kuil.

Selain itu, kesukaan orang Jepun terhadap kucing ada kaitan dengan kemasukan agama Buddha ke tanah itu. Malah, sewaktu sami Buddha datang ke Jepun dari China, mereka turut membawa kucing bersama.

Terdapat hubungan simbiotik antara kucing dan sami Buddha. Kucing akan tinggal di dalam dan sekitar kuil Buddha (seperti dalam kisah maneki neko di atas) untuk membantu menghalang populasi perosak dan melindungi makanan serta kitab suci yang disimpan. Sebagai balasannya kucing menerima makanan dan tempat tinggal.

Kucing juga dilihat oleh sami Buddha sebagai makhluk yang prihatin yang boleh membantu mengajar seseorang tentang cara agama Buddha. Ini kerana kucing, sebahagian besarnya, makhluk yang tenang, pemerhati, yang dikatakan menguasai semua ‘zen’ – kualiti yang dicari oleh seorang sami sepanjang hidupnya.

Hari ini kucing ada di mana-mana dalam budaya popular Jepun. Ada Kirara dari Inuyasha, robot futuristik kucing Doraemon, Luna dari Sailor Moon, The Catbus dari My Neighbor Totoro, Meowth dari Pokemon, maskot pengembaraan Nyalan, dan Station Master Tama, yang mengalu-alukan puluhan ribu pelancong ke Jepun.

SUMBER: The Patriots

Cats-in-Japan.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES