JUST IN

Chelsea ‘barai’ tanpa Palmer

by | Mar 20, 2025 | Sports

Satu perkara yang jelas ketika Chelsea bertandang ke Emirates adalah serangan mereka buntu tanpa Cole Palmer.

Kekalahan 1-0 di tangan Arsenal mungkin tidak seteruk 5-0 yang mereka alami tahun lepas. Tetapi, dari segi prestasi Chelsea secara keseluruhan, ia tetap tidak meyakinkan.

Walaupun Palmer sendiri sudah melalui 10 perlawanan tanpa gol atau bantuan gol, ketiadaannya di atas padang memberi kesan yang sangat ketara.

Tanpa Palmer, Chelsea kekurangan pemain yang mampu mencipta sesuatu secara individu.

Masalah ofensif mereka sangat jelas semasa perlawanan:

i) Pedro Neto (penyerang tengah) bergelut secara fizikal dengan Gabriel dan Saliba, sukar melakukan ‘hold-up play’, bola, gagal memecah masuk pertahanan Arsenal.

ii) Enzo Fernández (no. 10) gagal mempengaruhi permainan dan tidak cukup tajam dalam perebutan bola.

iii) Jadon Sancho & Christopher Nkunku (sayap) tenggelam dalam perlawanan, tidak cukup agresif untuk mencipta ancaman.

Chelsea bukan sahaja gagal menembusi struktur Arsenal, tetapi mereka juga tiada keyakinan yang penuh. Walaupun menguasai bola, kita pun dapat rasa bahawa belum tentu mereka mampu untuk menjaringkan gol.

Melihat kepada statistik bagi sebuah pasukan yang sedang mengejar gol penyamaan, angka-angka ini cukup membimbangkan:

i) 3 percubaan sahaja dari dalam kotak penalti
ii) 8 sentuhan di dalam kotak Arsenal
iii) Rekod ‘expected goals (xG)’ hanya 0.35

Tanpa Palmer, Chelsea hilang kreativiti, sukar melakukan penetrasi, dan kekurangan fokus dalam serangan.

Palmer mungkin tidak menyumbangkan gol secara konsisten sejak kebelakangan ini, namun kehadirannya sentiasa memberi impak yang besar.

Keupayaannya mengawal permainan, melakukan kombinasi dengan rakan sepasukan, dan mencipta ancaman, gagal dijelmakan oleh pasukan apabila ketiadaannya.

Perlawanan ini membuktikan satu perkara bahawa Chelsea sangat bergantung kepada Palmer di atas padang semasa fasa serangan.

Di atas padang, Chelsea nampak hilang arah tanpa Palmer.

SUMBER: odfc Malaysia

cole-palmer-chelsea.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES