OLEH: DINIE LIOW
Pada tahun 2022, para saintis di China telah menemui lubang benam bersaiz gergasi di Leye County, selatan wilayah autonomi Guangxi Zhuang. Tapi, bukan sekadar lubang benam saja. Mereka sebenarnya temui hutan yang amat tebal di dasar lubang!
Bagi anda yang tak tahu, lubang benan atau ‘sinkhole’ ialah lubang semula jadi yang terbentuk akibat runtuhan lapisan tanah yang rapuh. Biasanya tindak balas kimia terhadap mineral batu karbonat dalam tanah menyebabkan lapisannya begitu rapuh. Biasanya saiz lubang benam seluas 1 hingga 600 meter, dalam keluasan diameter.
Dalam kes penemuan lubang benam di wilayah Guangxi, kedalaman lubang semula jadi itu ialah 192 meter. Pada tarikh 6 Mei 2022, pasukan penyelidik yang terdiri dari para ahli speleologi (kaji gua) dan pendaki gua memasuki lubang benam tersebut.
Yang pasukan ini temui setelah tiba di dasar lubang, ternyata mereka begitu memukau dengan keadaan sekeliling lubang benam itu! Mereka menemui hutan kuno yang ketinggian 40 meter bersama 3 buah gua! Seolah-olah mereka menemui dunia baru di sebalik lubang benam!
Menurut Chen Lixin iaitu ketua penyelidikan gua dalam lubang benam yang ditemui itu, ketebalan hutan di dasar lubang itu mencecah sehingga ke bahu manusia. Ciri ini biasanya ditemui dalam lubang benam lain di mana hutannya mampu menampung hidupan seperti hutan di permukaan.
Jadi, tidak mustahil jika mereka menemui sebarang hidupan seperti haiwan dan tumbuhan spesis baru di dasar lubang benam. Bagi masyarakat China pula, mereka menggelar lubang benam yang penuh dengan hutan kuno dengan gelaran ‘tiankeng’ yang bermaksud lubang syurga.
Sebenarnya, lubang benam yang unik itu ialah kejadian geologi yang biasanya ditemui di wilayah Guangxi. Selatan China kaya dengan landskap yang penuh dengan lubang benam atau dipanggil ‘karst’. Landskap ‘karst’ biasanya terjadi akibat terhakisnya lapisan batu oleh titisan air hujan.
Air hujan sangat berasid dengan kehadiran karbon dioksida, sehingga berupaya menghakis lapisan tanah sehingga lapisan tersebut runtuh, menghasilkan begitu banyak lubang benam.
Landskap ‘karst’ boleh juga terjadi di kawasan selain selatan China tapi tidak hasilkan begitu banyak lubang benam kerana bergantung kepada beberapa ciri yang membolehkan kejadian lubang benam seperti kekerapan taburan hujan atau hakisan angin.
Hanya wilayah Guangxi saja yang mempunyai landskap ‘karst’ dalam skala yang besar. Sekarang wilayah tersebut menjadi lokasi eko-perlancongan dan diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
SUMBER: The Patriots