Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Leicester City.
Namun begitu, kalau ikutkan pada secara keseluruhan, sebenarnya persembahan mereka masih di bawah paras sebenar kemampuan.
Ada beberapa isu yang boleh digariskan. Chelsea kurang bertenaga, kreatif, dan produk terbaik di ‘final third’.
Walaupun mengawal penguasaan dan ada idea taktikal yang tepat, tetap dalam masa yang sama Chelsea sukar untuk mencipta peluang menjaringkan gol.
Itu tidak memberi gambaran yang tepat terhadap kaliber sesebuah pasukan seperti mereka.
Selain itu, intensiti daripada pasukan juga tidak konsisten. Separuh masa pertama paling jelas.
Nampak ‘trend’ berbeza sebaik saja selepas 15-20 minit perlawanan, dan secara tidak langsung membolehkan lawan untuk mula menyusun sesuatu di dalam perlawanan.
Separuh masa kedua, benda yang boleh dipuji untuk Chelsea adalah mereka bagi lebih tekanan kepada lawan, boleh bagi kredit kepada pemain.
Ini memberikan lebih kesukaran kepada Leicester dalam membina permainan dari bawah, memaksa mereka untuk melakukan kesilapan, dan mengehadkan keupayaan dalam serangan balas.
Dalam perlawanan yang mana Chelsea bergelut untuk melakukan hantaran terakhir atau penyudah, apa yang dilakukan oleh Cucurella ini cukup sempurna.
Ini hal penting yang datang daripada momen seorang individu ketika waktu yang cukup tepat berdasarkan situasi semasa yang dihadapi.
Apa-apa pun, kemenangan yang sangat bermakna untuk Chelsea, dengan mereka juga sedang dalam fasa mencabar kedudukan ke saingan UCL musim depan.
Keputusan masa penuh, Chelsea 1-0 Leicester City.
SUMBER: odfc Malaysia