JUST IN

Transisi berbeza Liverpool di bawah Arne Slot berbanding Jurgen Klopp

by | Feb 26, 2025 | Opinions, Sports

Perbandingan mengenai Arne Slot dan Jurgen Klopp ini sesuatu yang normal.

Sebab utama adalah keputusan dan prestasi pasukan di bawah kendalian Slot yang cukup mengagumkan. Lebih-lebih lagi setelah kemenangan Liverpool ke atas Man City baru-baru ini.

Secara peribadi menganggap bahawa skuad Liverpool ketika era Klopp juga tiada masalah besar untuk menumbangkan skuad Man City musim ini berdasarkan situasi semasa mereka.

Cuma, pembawakan yang diterapkan oleh Klopp dan Slot dalam meraih kemenangan boleh jadi akan ada perbezaan.

Klopp bukan jenis yang akan meninggalkan falsafah permainan yang dipegang. Dia tidak akan datang ke Man City dengan pelan permainan yang pragmatik.

Mungkin kita tidak akan tengok Liverpool yang tidak bagi tekanan yang tinggi, bermain dengan ‘low block’ dan terlalu bagi ruang kepada lawan untuk menyimpan bola.

Itu sekadar kemungkinan berdasarkan kecenderungan yang diperhatikan sepanjang Klopp mengendalikan Liverpool.

Berbanding dengan Slot, dia seorang yang lebih fleksibel. Liverpool di bawah Slot ini sebenarnya ada model permainannya yang tersendiri.

Cuma, strategi apabila bertemu pasukan yanh ada kekuatan tertentu, lebih-lebih lagi di gelanggang lawan, memang kebiasaannya diatur mengikut apa kekuatan dan kelemahan pasukan tersebut.

Pembawakan sebegini lebih baik, dan kita sendiri dapat lihat bagaimana keputusannya. Ini yang dipanggil sebagai versatiliti.

Apa yang boleh digariskan mengenai Liverpool di bawah Slot yang pertama, mampu untuk bagi tekanan, tetapi dalam masa yang sama ada organisasi bertahan yang bagus semasa ‘low block’.

Kedua, mengancam dalam serangan balas dan transisi secara pantas, tetapi dalam masa yang sama efektif ‘positional play’ apabila bertemu lawan yang berada dalam mode bertahan secara rigid.

Sama ada dalam penguasaan atau luar penguasaan, Liverpool di bawah Slot ini memang sangat seimbang. Apa yang Slot capai setakat musim ini, bukan hanya dengan alasan bahawa dia beruntung kerana mewarisi legasi yang ditinggalkan Klopp. Itu kita tidak nafi.

Cuma, perlu disentuh juga tentang bagaimana keupayaan yang Slot miliki untuk bawa Liverpool menjadi salah sebuah pasukan yang paling dominan di Eropah musim ini.

Ia bukan kebetulan kerana boleh jadi pengurus lain pun tidak mampu untuk berikan impak yang serupa sepertinya.

SUMBER: odfc Malaysia

Klopp-Slot.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES