JUST IN

Kemerosotan Man United dan prestasi goyah Amorim

by | Feb 19, 2025 | News, Sports, World

Rekod Man United di Premier League sejak kedatangan Ruben Amorim: 14 perlawanan, 4 kemenangan, 2 seri, 8 kekalahan, 16 gol dijaringkan dan 23 gol bolos.

Kalau tanya individu yang sedang mengikuti bola sepak Premier League ketika tempoh 10-15 tahun lepas, ini jauh daripada apa yang boleh dibayangkan.

Pasukan-pasukan besar yang lain pun, walaupun ada melalui fasa kejatuhan, tidaklah sampai teruk sebegini di kedudukan liga.

Sejak kedatangan Amorim, Man United masih lagi bergelut untuk memperagakan aksi yang konsisten.

Apa yang ditunjukkan, Man United sekarang lebih kepada sebuah pasukan yang berlegar-legar di zon penyingkiran. Bunyinya teruk, tapi itulah realiti.

Dua persoalan besar yang sering timbul adalah: Adakah Amorim merupakan seorang pengurus yang lemah? Atau pemain ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan sistem?

Beranggapan bahawa Amorim seorang pengurus yang layak untuk dilabel teruk sepenuhnya, itu tidak adil berdasarkan tempoh semasa yang dilalu.

Ini kerana, dia sebelum ini di Sporting Lisbon telah menunjukkan hal yang sebaliknya, ada potensi yang cukup besar.

Namun begitu, secara peribadi merasakan, sebab utama lebih tertuju kepada keseimbangan dalam skuad Man United itu sendiri.

Mengikut erti kata lain, skuad semasa tidak mempunyai skil dan kualiti yang tepat untuk memainkan bola sepak seperti yang ingin diteraplam Amorim.

Corak daripada pengurus dan keupayaan daripada pemain tidak berada dalam satu garis yang sama.

Solusinya? Man United perlu berundur kembali dan bina semula kekuatan, cuma dengan syarat Amorim diberikan masa.

Itu satu perjudian, dan dalam bola sepak, ia perkara yang normal.

SUMBER: odfc Malaysia

Amorim-Man-Utd.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES