Bagi menyambut ketibaan musim Ramadan Raya pada kali ini, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) ingin memeriahkan semangat perayaan dengan lebih awal melalui pelancaran kempen Senyuman Paling Bernilai – Serikan Ramadan, Ceriakan Raya.
Kempen ini akan berlangsung bermula 13 Februari hingga 16 April 2025 dengan memberikan peluang kepada pengguna untuk membuat persediaan yang lebih awal bagi menghadapi bulan puasa yang akan datang.
Langkah proaktif ini diambil sebagai respon terhadap perubahan tingkah laku pengguna, di mana pelanggan sudah mula untuk membuat persiapan membeli barangan dengan lebih awal daripada biasa dan ingin mencari tawaran yang lebih menarik.
Menyedari tren ini, kempen Ramadan Raya Lotus’s akan menawarkan penjimatan sehingga 50 peratus bagi lebih 4,500 jenis barangan makanan asas, barisan pakaian RAHMAH Raya, barangan rumah, juadah perayaan, produk kesihatan dan kecantikan, hasil segar, peralatan memasak dan membakar, perkakas dapur, perabot dan juga keperluan hadiah.
Pelanggan juga berpeluang menikmati ganjaran menarik dan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM1 juta sepanjang tempoh kempen.
Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, menekankan rasional di sebalik pelancaran awal kempen ini dengan berkata, “Pelanggan memberitahu kami bahawa mereka sedang mencari tawaran yang lebih baik bagi barangan Raya dengan lebih awal daripada biasa disebabkan oleh tekanan kos sara hidup yang tinggi.
“Hal ini menyebabkan penyebaran kos bagi persediaan raya pada kali ini adalah lebih penting berbanding tahun-tahun sebelumnya. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk memulakan kempen Senyuman Paling Bernilai – Serikan Ramadan, Ceriakan Raya dengan lebih awal.”
Kempen Ramadan Raya Lotus’s akan mempamerkan ‘Raya World Indoor Bazaar’ di 37 cawangan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sampel produk, peluang memenangi hadiah bagi setiap pembelian, demonstrasi memasak, pertandingan dan aktiviti interaktif oleh jenama-jenama kegemaran seperti Kellogg’s, Farm Fresh, Nestlé Malaysia, Al Kurmaa dan banyak lagi.
-THE MALAYSIA VOICE