JUST IN

Prestasi memukau Nottingham Forest terus lakar kejutan di Premier League

by | Feb 12, 2025 | News, Sports, World

Kebiasaan dalam Premier League, setiap musim akan ada kelab-kelab yang muncul sebagai kejutan.

Musim ini ada Nottingham Forest.

Persoalan bagaimana Forest berada di kedudukan ketiga sekarang, jawapan yang mungkin relevan adalah aspek defensif mereka.

Itu dikira berkait, memandangkan anak buah Nuno Espirito Santo ketika ini ada rekod yang cukup bagus dalam ‘clean sheet’ setakat musim ini (10 perlawanan – berkongsi dengan Liverpool).

Banyak perlawanan yang boleh dijadikan rujukan, di mana Forest berjaya mengutip tiga mata dengan cara menggagalkan lawan mencipta situasi jaringan, dan kemudian membalasnya menerusi beberapa peluang.

Di sebalik bercerita mengenai defensif, dalam perlawanan menentang Brighton, ada sisi menarik yang ditunjukkan oleh Forest.

Kemenangan 7-0 membuktikan bahawa potensi pasukan tidak hanya berkisarkan kepada bertahan semata-mata.

Dengan hanya 37% penguasaan bola, Forest menjaringkan tujuh gol, selain turut mencipta deretan peluang yang cukup bernilai.

Forest sangat dominan dalam situasi serangan balas, dan Brighton sendiri hilang arah apabila menamakan dua pemain yang ada mentaliti ofensif sebagai pelindung kepada pertahanan.

Apabila hilang bola, tiada pemain yang mampu membantu kerja defensif secara efektif, membawa kepada pemain seperti Morgan Gibbs White dan Anthony Elanga mengeksploitasi ruang di belakang garisan pertahanan.

Ini menunjukkan kualiti yang mereka ada semasa transisi.

Sebab itu apabila menyediakan pelan terbaik untuk berhadapan dengan Forest, tidak boleh sekadar fikirkan cara untuk tebuk blok bertahan sahaja.

Serangan balas daripada mereka juga perlu diberi penekanan yang sama.

SUMBER: odfc Malaysia

credit-photo-BBC.jpg

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES